Berikut ialah kandungan buku Khanda Puranam (2022) yang merupakan penceritaan semula Skanda Purana, sebuah purana terkenal Hinduisme, dalam Bahasa Malaysia. Perenggan pertama dipaparkan dengan harapan mampu menarik minat orang ramai memiliki dan membaca buku ini.
Prakata (14 halaman)
Pengantar [rujuk sumber]
1. Shiva Dilaknat
Sikap Dewa Shiva menimbulkan kemarahan Daksa.
Sebagai bapa mentua, Daksa mengharapkan kehadirannya menerima layanan dan
penghormatan sewajarnya daripada dewa yang mengahwini puterinya, Sati.
2. Yagam Tanpa Shiva
Pada suatu hari, Daksa mengambil keputusan mahu
menganjurkan upacara yagam secara
besar-besaran. Sebagaimana tradisi, upacara pengorbanan suci di depan unggun
api ini bertujuan membawa kepada sarva
mangalam; seluruh alam dilimpahi sejahtera.
3. Selamat Tinggal, Sati
Sati yang juga dikenali sebagai
Daksayani sedang bergembira
bersama dayang-dayang dan rakan-rakan di Kailasa, Gunung
Gandhamadana. Sewaktu sedang berhibur di taman yang dipenuhi pelbagai
tumbuhan, hidupan, dan kolam berair jernih, Sati ternampak beberapa sura berpakaian cantik.
4. Sati dan Shiva Dihina
Ketibaan Sati di tapak yagam di Kanakhala menerima sambutan yang berbelah bagi.
Para sura dan maharishi tercari-cari
jika Shiva hadir sama. Jika dewa itu hadir, mungkinkah berlaku lagi sengketa
dengan Daksa? Dan andai Sati hadir sendirian, apakah pula reaksi Daksa jika
ditanya soalan bertubi-tubi?
5. Rudra Thandava
Berita mengenai Sati yang membunuh diri dengan
melompat ke dalam api yagam segera
disampaikan kepada Shiva oleh Narada yang merupakan malaikat penyampai maklumat
antara manusia dan dewa-dewi.
6. Kemunculan Tarakasura
Ketiadaan Sati di sisi membuatkan
Shiva merasai suatu kehilangan dan kekosongan yang sukar dimengerti.
Sesungguhnya, sejak berkahwin, Sati yang juga digelar Shakti merupakan kuasa
atau sakti yang memberikan tenaga kepada Shiva. Tanpa Shakti, Shiva merasakan
jiwa tidak bermaya.
7. Parvathi Bertemu Shiva
Para sura pergi bertemu Himavan dan Meena di Himalaya. Mereka
menceritakan tentang apa yang berlaku selama ini. Turut diceritakan bagaimana
Sati lahir semula di bhuloka sebagai
Girija.
8. Manmatha Diberi Tugas
Para penghuni Indraloka menyeru
Indra mendapatkan khidmat Manmatha iaitu Dewa Cinta. Dia yang juga dikenali
sebagai Madana sering membawa busur istimewa di mana talinya terdiri daripada
lebah. Manmatha menjadi ejen bagi memutikkan cinta antara pasangan muda di
seluruh alam.
9. Brahma, Vishnu, Shiva
Pada saat Shiva merenung ke dalam
matanya, Parvathi sudah memutuskan bahawa dewa itulah bakal suaminya. Tindakan
Shiva membakar Manmatha sehingga hangus sebelum terus meninggalkan puncak
Himalaya benar-benar mengecewakan Parvathi.
10. Shiva Bertemu Parvathi
“Apakah tujuan kedatangan anda
semua?” Shiva bertanya kepada rombongan yang berhimpun di hadapannya.
11. Perkahwinan Shiva dan Parvathi
Shiva berdiri penuh gagah di hadapan
Parvathi. Gadis itu langsung tidak menyangka pemuda yang mengutuk dan menghina
Shiva sebentar tadi adalah dewa itu sendiri yang menyamar sebagai seorang brahmachari.
12. Air Mani Shiva
Shiva dan Parvathi menikmati alam
perkahwinan dengan penuh kasih sayang. Shiva yang sekian lama menjadi sanyasi seperti mendapat semangat dan
kekuatan baharu kerana tergoda dengan Parvathi yang jelita dan mempersona.
13. Bayi di Sungai Ganga
Vishnu mengusulkan supaya mereka
segera mengadap Shiva dan merayu supaya diberikan pengampunan dan pembebasan
daripada penyeksaan yang sedang dialami. Tanpa bertangguh, mereka semua
bergegas ke Kailasa.
14. Panglima Perang
Sewaktu Shiva dan Parvathi tiba
di tebing Sungai Ganga, Vishnu, Lakshmi, Brahma, Saraswathi, Indra, Vayu, Kubera,
dewa-dewi, bidadari, malaikat, gandharva,
yaksha, dan pelbagai pihak lain sudah
berkumpul di sana. Kesemua mereka amat gembira dengan kemunculan bayi yang
merupakan anak Shiva.
15. Kelahiran Vajranga
Daksa ialah individu yang tercipta daripada ibu
jari kanan Brahma, Sang Pencipta. Maka, Daksa bukan insan biasa. Hasil
perkahwinannya dengan Prasuti, maka lahirlah enam puluh anak perempuan.
16. Indra dan Varangi
Vajranga mahu melupakan peristiwa
hitam berkaitan Indra. Tambahan pula selepas berkahwin dengan Varangi dan memulakan hidup baharu.
17. Dendam Tarakasura
Tidak lama kemudian, Varangi
mengandung dan melahirkan seorang bayi lelaki. Sebaik sahaja bayi berkenaan
lahir, naraka, bhuloka, dan swarga
bergegar. Gempa bumi dan tsunami melanda. Gerhana matahari turut terjadi tanpa
disangka.
18. Vishnu Selamatkan Sura
“Lihatlah keadaan diri anda semua
yang sudah ditundukkan dengan amat mudah oleh Tarakasura, Simhamuka, Surapadman,
para tentera daitya daripada
keturunan Diti, dan tentera danava
daripada keturunan Danu,” kata Vishnu kepada para sura yang sudah menjadi tawanan.
19. Asal Usul Sura, Asura
Para sura pergi mengadap Brahma di Satyaloka dan menceritakan apa-apa
yang sudah berlaku. Brahma mendengar dengan teliti.
20. Gugurnya Tarakasura
Sebaik mendapat tahu tentang
berita kelahiran Murugan, Agni segera ke tebing Sungai Ganga. Dia amat teruja
melihat air mani Shiva yang bertukar menjadi janin, kini sudah muncul sebagai
seorang bayi yang amat sempurna.
21. Vahana Murugan
Apabila melihat abangnya, Tarakasura
yang hebat, tumbang dengan begitu mudah kepada Murugan, Simhamuka segera
menyerah diri. Dia memohon keampunan dan belas kasihan.
22. Dunia Jadi Gelap
Shiva dan Parvathi sedang berehat
di halaman kediaman mereka di Kailasa sambil berbual-bual tentang pelbagai
perkara yang berlaku sejak kelahiran Murugan.
23. Parvathi di Kanchi
Pertapaan Parvathi di bawah pokok
mangga di tebing Sungai Palar berjalan lancar. Dia dan para pengikutnya
menyukai suasana di Kanchi.
24. Indra Hilang Kuasa
Sebagai seorang bayi yang masih
menyusu, Balamurugan selalu duduk di riba Parvathi. Segala butir perbualan
Shiva dan Parvathi didengar olehnya dengan penuh tekun dan teliti.
25. Minta Bantuan Vishnu
Apabila menyedari dirinya sudah
tidak ada apa-apa kuasa dan harta, Indra memutuskan untuk menyembah pihak atasan
yang ada kuasa dan kemampuan untuk membantu dia kembali menikmati segala
kemewahan yang pernah dimiliki.
26. Samudra Mathana
“Kita perlu hidup bersama dan
bersatu sebagai sebuah keluarga. Lupakan segala sengketa dan masalah demi
kemakmuran bersama. Kalau sura
menderita, maka asura akan turut
menderita. Dan kami golongan sura
tidak sanggup untuk membiarkan golongan asura
menderita.”
27. Asura
Para asura yang melarikan diri bersama bekas berisi amrita terkejut melihat seorang wanita jelita menjelma di hadapan
mereka. Mimik muka, gerak mata, dan aksi tubuh badan sungguh menggoda.
Pascakata (8 halaman)
Biodata [contoh biodata]
Penyumbang [senarai di sini]
Mahukan maklumat lanjut berkaitan buku Khanda Puranam? [klik di sini]