8 Dec 2024

Penyunting Bersekutu

Enam individu menawarkan diri secara sukareka (baca: tidak berbayar) menjadi penyunting bersekutu bagi projek kumpulan cerita rakyat India yang sedang diusahakan.

Anuradha Chelliah berasal dari Banting, Selangor. Beliau giat menulis esei, cerpen, dan puisi sejak 2016 dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris. Beliau berkhidmat di SK Sri Langat, Banting. Karya beliau boleh dibaca di Eksentrika, Sastera Kavyan, dan antologi terbitan Kavyan. Beliau pernah menjadi penyunting bersekutu dalam beberapa projek buku.

Indrarao B. Ramulu dilahirkan di Taiping, Perak dan kini menetap di Ipoh. Beliau berkelulusan sarjana muda teknologi makanan dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan sarjana pendidikan Sains dari Universiti Malaysia Sabah (UMS). Indrarao seorang guru akademik Tingkatan 6 dan kini mengajar subjek Kimia di SMK Anderson, Ipoh.

Kasthuri Anamalay @ Jeeva Kasthuri dilahirkan di Taiping, Perak dan kini tinggal di Sungai Petani, Kedah. Beliau berkelulusan dari Informatics dalam bidang komputer dan Open University Malaysia (OUM) dalam bidang pengajian bahasa. Kasthuri seorang pengusaha dan guru tuisyen sepenuh masa serta jurulatih teknik menjawab bagi mata pelajaran Sains.

M. Mahendran dilahirkan di Bentong, Pahang. Beliau berkecimpung dalam bidang penulisan cerpen Bahasa Malaysia dan Tamil sejak tahun 1987. Karupaya (2018) ialah kumpulan cerpen sulung beliau manakala Thalaivar (2021) kumpulan cerpen bahasa Tamil. Karya-karya Mahendran boleh dibaca di portal Sastera Kavyan, Eksentrika serta di akhbar dan majalah Tamil.

Malarkodee Muniandy dilahirkan di Taiping, Perak dan kini tinggal di Seri Kembangan, Selangor. Beliau berkelulusan sarjana muda pendidikan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas dan sarjana pentadbiran pendidikan dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Malarkodee berkhidmat sebagai guru di SJKT Ladang Dominion, Semenyih.

Rosnani binti Md Zain merupakan lulusan Doktor Falsafah (PhD) dengan pengkhususan dalam bidang Kesusasteraan Melayu dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau aktif menyertai seminar-seminar akademik, bengkel penulisan kreatif, dan pernah dilantik sebagai Hakim Sayembara Penulisan Naratif Malaysiaku (Kategori Cerpen) 2023. Beliau juga editor projek Antologi Cerpen: Pesanan Ibu.

Maklumat penyunting bersekutu bagi projek buku sebelum ini: [Kisah Dari Siru Kambam] – [Hanuman: Suara Hati] – [Thirukkural dan Megha Duta] – [Ikan Patin dan Beruang Besar]

Senarai penyumbang modal sosial bagi projek buku — Pulau Pendatang (2015)  Nari! Nari! (2015)  Mandala Bicara (2016)  Ikan Patin dan Beruang Besar (2017)  Thirukkural dan Megha Duta (2018)  Ramayana dan Mahabharata (2019)  Vetalam dan Vikramaditya (2020)  Putaria (2020) Bhagavad Gita (2021) Kavya Sastra (2021) Suvarna Bhumi (2022) Khanda Puranam (2022) Katha Sarit Sagara (2023) Nari! Nari! (2023) The Painted Cat (2023) Dewi Pertiwi (2024) Kumpulan Cerita Rakyat (2025).