5 Oct 2025

Biodata — Nathesan Sellappan


Nathesan Sellappan @ S. Nathesan (5 Oktober 1951 – 21 Januari 2026) lahir di Ladang Serkam, Melaka dan tinggal di Muar, Johor. Beliau belajar di SM Gajah Berang, Melaka sebelum menjadi guru sementara di SRK St Aidan, Bahau, Negeri Sembilan. Pada tahun 1976, selepas tamat latihan di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, S. Nathesan mengajar di Jengka dan Mentakab, Pahang.

Beliau tamat pengajian sarjana muda (linguistik), sarjana (sosiolinguistik) dan kedoktoran (semantik) di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya. Disertasi ijazah sarjana beliau berjudul Laras Bahasa: Satu Analisis Terhadap Buku Teks Sekolah Menengah Rendah (1992), manakala disertasi kedoktoran berjudul Istilah Sains dalam Bahasa Melayu: Aspek Pengupayaannya (2002).

Beliau yang merupakan Munsyi Dewan sudah menulis 12 buku berkaitan bahasa Melayu. Sewaktu diwawancara pada 26 Februari 2019, S. Nathesan menceritakan bahawa sudah hampir 40 tahun beliau terlibat dalam hal-hal berkaitan kajian dan penulisan bahasa Melayu.

Apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengeluarkan kenyataan rasmi pada April 2021 menafikan hak umat Bukan Islam menggunakan istilah “Tuhan” dalam penulisan, S. Nathesan turut menyelar tindakan fasis itu—[baca di sini].

Biodata penuh S. Nathesan boleh dibaca dalam buku Kavya Sastra (2021). Lihat juga—Biodata Sasterawan Kavyan.