3 Oct 2009

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kavyan

Tarikh : 27 September 2009 (Ahad)
Masa : 10:15 pagi
Tempat : Taman Sri Muda, Shah Alam

Hadir
Uthaya Sankar SB
Prakash Suriyamurthy
Prabhawathy Govindarajoo
Hemantha Kumar Nagappan
Muniswaran Errisson
Magaenthiran Periaswamy

Tidak Hadir
Ganesan Duraisamy (melanjutkan pelajaran)


1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat

1.1 Uthaya Sankar SB mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir serta memaklumkan bahawa Ganesan Duraisamy melanjutkan pelajaran selama setahun di UK.

1.2 Uthaya juga mencadangkan supaya Jawatankuasa Kavyan disusun semula untuk mengisi jawatan-jawatan penting yang dikosongkan. Perkara ini akan dibincangkan di bawah “Hal-hal Lain”.

2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Lalu

2.1 Minit Mesyuarat bertarikh 26 Julai 2009 [boleh dibaca DI SINI] dibentangkan oleh Setiausaha, Prabhawathy Govindarajoo.

2.2 Minit berkenaan mendapat pengesahan daripada semua yang hadir.

3. Aktiviti 27 Julai – 26 September 2009

3.1 Uthaya menyatakan bahawa walaupun jumlah aktiviti sepanjang Ogos dan September 2009 tidak banyak, jumlah keseluruhan aktiviti Kavyan sejak Januari 2009 memang banyak.

3.2 Jawatankuasa terbabit memberitahu mesyuarat (secara lisan, ringkas dan padat) mengenai aktiviti yang telah mereka selenggara/kendalikan/sertai.

Baca Puisi Usman Awang
SM Chong Hwa, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
28 Julai 2009 (Selasa), 9:00 pagi

Baca Cerpen Rudra Avatara (II)
Kompleks PKNS Shah Alam
1 Ogos 2009 (Sabtu), 10:00 pagi

Dialog Sasterawan Negara: Datuk A. Samad Said
Kompleks PKNS Shah Alam
2 Ogos 2009 (Ahad), 10:00 pagi

Bengkel Pendidikan Moral SPM
Khusus bagi calon Peperiksaan SPM
22 Ogos 2009 (Sabtu), 9:00 pagi

Prabhawathy memaklumkan bahawa bengkel berkenaan terpaksa dibatalkan kerana musim peperiksaan di sekolah; diikuti cuti sekolah selama seminggu.

Sedekad Kumpulan Sasterawan Kavyan
Kuiz Khas Sedekad Kavyan
Pertandingan Fotografi Jom Bergaya dengan Buku
22-31 Ogos 2009

Uthaya memaklumkan bahawa pemenang kuiz khas sudah diumumkan di blog Kavyan dan hadiah sudah dikirim kepada individu terbabit.

Pertandingan fotografi pula dibuka sehingga 15 Oktober 2009. Maklumat di blog Kavyan.


4. Aktiviti Akan Datang

4.1 Berikut cadangan dan perancangan aktiviti bagi Oktober, November dan Disember 2009; termasuk aktiviti di mana Kavyan diundang oleh pihak luar.

Pertandingan Fotografi Jom Bergaya dengan Buku
Tarikh tutup: 15 Oktober 2009

Program Pengembangan Budaya Membaca
Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM)
Sibu (1 Oktober), Sandakan (6 Oktober), Kuantan (20 Oktober) dan Mersing (27 Oktober)

Baca Cerpen Othman Puteh
Kempen Membaca Negeri Selangor
15-31 Oktober 2009

Baca Puisi Lim Swee Tin
Kempen Membaca Negeri Selangor
15-31 Oktober 2009

Bengkel Cerpen Kavyan
22 November 2009 (Ahad)
Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

Baca Cerpen OKU
November 2009
Prakash menyatakan bahawa sudah ada 15 peserta OKU yang sedia mengambil bahagian. Tempat yang dicadangkan adalah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Uthaya akan berbincang dengan pihak PNM untuk pengesahan tarikh dan masa.

Bengkel Cerpen Kavyan
20 Disember 2009 (Ahad)
Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

4.2 Mungkin akan ada tambahan pada aktiviti dan akan dimaklumkan di blog Kavyan.


5. Hal-hal Lain

5.1 Jawatankuasa Kavyan bersetuju supaya jawatan-jawatan yang kosong diisi oleh AJK baru.

5.2 Senarai Jawatankuasa Kavyan adalah seperti berikut:

Presiden: Uthaya Sankar SB
Timbalan Presiden: Prakash Suriyamurthy
Setiausaha: Prabhawathy Govindarajoo
Penolong Setiausaha: Hemantha Kumar Nagappan
Bendahari: Muniswaran Errisson
Penolong Bendahari: Magaenthiran Periaswamy

5.3 Hemantha Kumar mencadangkan supaya Jawatankuasa Kavyan memberi sumbangan RM10.00 sebulan untuk digunakan bagi menampung kos aktiviti. Cadangan ini mendapat sokongan sebulat suara.

5.4 Memandangkan Jawatankuasa Kavyan menerima elaun kehadiran sebanyak RM20.00, maka wang itu akan diserah terus kepada Bendahari sebagai sumbangan bulanan.

5.5 Uthaya menyerahkan RM120.00 elaun kehadiran kepada Muniswaran sebagai sumbangan bulanan kesemua 6 Jawatankuasa Kavyan bagi September dan Oktober 2009.

5.6 Muniswaran menyatakan bahawa mana-mana Jawatankuasa yang tidak menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa adalah bertanggungjawab menyerahkan sumbangan bulanan dengan segera melalui deposit bank.

5.7 Mesyuarat bersetuju dengan cadangan Muniswaran.

5.8 Prabhawathy dan Hemantha Kumar mencadangkan supaya pemberian elaun kehadiran dihentikan.

5.9 Uthaya meminta supaya perkara ini dibawa ke mesyuarat akan datang untuk dibahaskan.


6. Mesyuarat AJK Akan Datang

6.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kavyan akan datang ditetapkan pada 22 November 2009 (Ahad).
6.2 Mesyuarat tamat pada 11:15 pagi.

1 comment:

  1. Sdra Uthaya, satu paparan Minit Mesyuarat yang kemas, ringkas tapi padat. boleh di contohi.

    ReplyDelete

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!