5 Jan 2010

Bengkel Penulisan Berita

Program

Bengkel Penulisan Berita

.

Tarikh

27 Februari 2010 (Sabtu)

.

Masa

8:30 pagi – 12:30 tengah hari (Waktu Kavyan)

.

Tempat

Pusat Tuisyen Global, 3-3 Jalan Puteri 1/6, Bandar Puteri, Puchong

(Bersebelahan Pasar Raya Giant)

.

Penganjur

Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)

Pusat Tuisyen Global

.

Peserta

Maksimum 20 individu berumur minimum 15 tahun yang berminat mendalami ilmu penulisan berita (akhbar, radio, televisyen, internet). Pengalaman tidak diperlukan.

.

Pembimbing

Uthaya Sankar SB yang mempunyai pengalaman dalam bidang kewartawanan dan penyiaran sejak tahun 1996. Sila KLIK DI SINI untuk biodata lengkap.

.

Bahasa

Bengkel dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Peserta wajib mempunyai kemampuan untuk berkomunikasi (lisan dan bertulis) dalam Bahasa Malaysia.

.

Kandungan Bengkel

Bengkel ini antara lain meliputi topik pengenalan berita, ciri-ciri berita, format berita, objektiviti, wartawan penyiaran, sumber berita, etika kewartawanan, kerjaya kewartawanan dan latihan penulisan berita (akhbar, radio, televisyen, internet).

.

Peralatan

Peserta perlu membawa alat tulis dan senaskhah akhbar lama.

.

Disiplin

Peserta perlu berdisilpin pada setiap masa dan patuh pada peraturan yang ditetapkan di Pusat Tuisyen Global.

.

Pendaftaran

Pendaftaran peserta diuruskan sepenuhnya oleh pihak pengurusan Pusat Tuisyen Global (Tel: 03-80610280). Sila kirim maklumat diri (nama penuh, alamat rumah, alamat e-mel, nombor telefon bimbit dan nombor kad pengenalan) ke shobanloganathan@yahoo.com untuk pendaftaran. Pendaftaran akan ditutup sebaik sahaja jumlah peserta mencapai angka 20 orang. Peserta yang mendaftar tetapi tidak hadir pada 27 Februari 2010 akan disenarai hitam oleh Kavyan.

.

Sijil Penyertaan

Pihak Kavyan akan memberi sijil kepada peserta yang mendaftar awal melalui e-mel dan hadir di Pusat Tuisyen Global sebelum pukul 9:00 pagi pada hari bengkel. Peserta juga wajib menyertai bengkel sepenuhnya secara aktif untuk layak menerima sijil penyertaan. Peserta yang datang lewat atau pulang awal tidak akan diberi sijil penyertaan.

.

Rangka Atur Cara (Waktu Kavyan)

.

8:30 pagi

– Meja pendaftaran dibuka.

(Peserta yang sudah mendaftar lebih awal melalui e-mel perlu mendaftar semula. Pendaftaran peserta baru tidak dibenarkan.)

.

9:00 pagi

– Meja pendaftaran ditutup.

(Peserta yang datang lewat TIDAK akan diberi sijil penyertaan.)

– Bengkel Penulisan Berita (Teori)

.

10:30 pagi

– Bengkel Penulisan Berita (Praktikal)

.

12:00 tengah hari

– Komen peserta

– Penyampaian sijil penyertaan

(Peserta yang datang lewat atau pulang awal tidak diberi sijil.)

.

Makan-minum dan Pengangkutan

Tidak disediakan.

.

Nasihat Akhir

Mana-mana individu yang menyertai mana-mana aktiviti Kavyan diingatkan supaya patuh pada masa yang ditetapkan. ”Waktu Kavyan” bermakna ”masa sebagaimana dinyatakan; bukan setengah jam kemudian”. [Maklumat lanjut DI SINI] Orang ramai juga dinasihatkan supaya mengenal pasti lokasi aktiviti sekurang-kurangnya sehari sebelum acara. Sebarang pertanyaan mengenai lokasi dan panduan jalan pada hari acara tidak akan dilayan.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!