15 Feb 2010

Chandramukhi: Pasca Baba

Selepas filem Baba (2002) kurang mendapat sambutan, ternyata Rajinikanth mengambil kira pelbagai faktor sebelum memutuskan untuk berlakon dalam Chandramukhi (2005).
.

[Saya sepatutnya menonton filem itu bersama-sama Ganesan Duraisamy pada 5 Mei 2005 (05-05-05) tetapi rancangan itu terpaksa dibatalkan kerana Ganesan kemalangan dalam perjalanan ke pawagam di The Summit USJ. Bagaimanapun, sebelum itu, Ganesan sudah menonton Chandramukhi di pawagam. Begitu juga saya. Cuma, kami tidak berpeluang menontonnya bersama-sama.]

.

P. Vasu yang mengarah filem Kannada berjudul Apthamitra (“Close Friend”) pada 2004 tentu berasa gembira apabila Super Star Rajinikanth – atau nama sebenarnya, Shivaji Rao Gaekwad – bersetuju untuk berlakon dalam filem berkenaan apabila diterbitkan dalam versi Tamil.

.

Filem Chandramukhi keluar pada 14 April 2005 sempena Tahun Baru Tamil dan terus mendapat sambutan hangat di seluruh dunia! Wajar dinyatakan bahawa filem berkenaan turut dialih bahasa ke Telegu dan mula ditayangkan di Andra Pradesh pada tarikh yang sama dengan judul yang sama.

.

Malah, Chandramukhi mencipta rekod sebagai filem Tamil pertama yang dialih bahasa ke Jerman dan diedarkan ke beberapa negara Eropah dengan judul Der Geisterjager (“The Ghost Hunters”).

.

Chandramukhi difilemkan semula dalam versi Hindi dengan judul Bhool Bhulaiyaa dengan barisan pelakon baru dan ditayangkan pada 2007. Namun, Chandramukhi lakonan Rajinikanth tetap dialih bahasa ke Hindi dan diedarkan pada 2008.

.

Saya menyebut bahawa filem ini ditayangkan dalam Bahasa Tamil, Telegu, Hindi, Kannada dan Jerman. Bagaimanapun, untuk mendapatkan gambaran lebih menyeluruh mengenai kehebatan filem Chandramukhi, kita perlu mengimbas filem versi Malayalam.

.

Sila KLIK DI SINI untuk membaca lebih lanjut.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!