15 Feb 2010

Bengkel Pendidikan Moral SPM

Pelajar Tingkatan 4 dan 5 dipelawa menyertai Bengkel Pendidikan Moral SPM pada 21 Mac 2010 (Ahad), 8:30 pagi – 12:30 tengah hari di Tingkat 13, Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur (berhampiran KLCC).
.

Program anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dengan kerjasama Lifelong Learning Centre (LLL) menampilkan guru berpengalaman yang akan memberikan panduan kepada peserta mengenai teknik memahami subjek Pendidikan Moral peringkat SPM.

.

Bengkel ini diadakan berikutan sambutan hangat bagi bengkel yang diadakan pada tahun 2009 di Shah Alam. [BACA DI SINI]

.

Penyertaan terhad kepada 20 peserta yang paling awal mendaftar dengan menghubungi infokavyan@yahoo.com.my atau 012-3368142, serta menjelaskan yuran selewat-lewatnya pada 14 Mac 2010.

.

Setiap e-mel yang diterima akan dijawab manakala SMS tidak dibalas.

.

Rangka atur cara adalah seperti berikut. Masa yang ditetapkan adalah Waktu Kavyan iaitu waktu yang tepat dan bukannya lewat 30 minit!

.

8:30 pagi

Meja pendaftaran & bayaran dibuka di Wisma MCA
.

9:00 pagi

Pengenalan oleh Uthaya Sankar SB
.

9:15 pagi

Bengkel oleh guru/pembimbing berpengalaman
.

12:00 tengah hari

Sesi soal-jawab
Mengisi borang komen
.

Nota: Makan tengah hari tidak disediakan

.
.

Maklumat lanjut:

.

Bengkel dikendalikan oleh guru yang berpengalaman mengajar subjek Pendidikan Moral peringkat SPM.

.

Bengkel diadakan pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan.

.

Peserta dikenakan bayaran tunai RM50.00 (Ringgit Lima Puluh Sahaja) bagi menampung kos tempat, nota dan bimbingan profesional.

.

Penyertaan terbuka kepada 20 peserta sahaja menggunakan konsep “yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan” (first come, first served).

.

Penyertaan hanya dianggap sah apabila disertakan bayaran tunai RM50.00.

.

Meja pendaftaran di Tingkat 13, Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur dibuka pada pukul 8:30 pagi pada tarikh bengkel.

.
Pendaftaran akan ditutup tepat pukul 9:00 pagi Waktu Kavyan. Peserta yang tiba lewat tidak dibenarkan masuk.
.

Bayaran penyertaan tidak akan dipulangkan jika peserta gagal hadir atau lewat.

.

Untuk mendaftar, sila hantar nama penuh, nombor telefon, alamat e-mel dan alamat rumah ke infokavyan@yahoo.com.my dan setiap e-mel yang diterima akan dibalas dengan maklumat lanjut/terperinci mengenai bengkel ini.

.

Sekiranya e-mel tidak dibalas, maknanya e-mel berkenaan tidak sampai kepada pihak urus setia.

.

Makan tengah hari TIDAK disediakan.

.

Peserta diingatkan supaya berpakaian sopan dan sesuai dengan tempat di mana bengkel dikendalikan.

.

Hanya peserta berdaftar dan urus setia bengkel dibenarkan berada di dalam bilik syarahan di mana bengkel dikendalikan.

.

Ibu bapa atau pengiring TIDAK dibenarkan berada di dalam bilik syarahan di mana bengkel dikendalikan.

.

Peserta perlu membawa alat tulis dan kertas untuk menulis jawapan bagi latihan yang diberikan.

.

Peserta digalakkan membawa air mineral.

.

Pengangkutan pergi-balik tidak disediakan.

.

Sila ketahui kedudukan Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Sebarang panggilan telefon pada pagi 21 Mac 2010 untuk bertanya panduan jalan TIDAK akan dilayan!

.

Tempat letak kereta (berbayar) terdapat di Wisma MCA dan kawasan sekitar.

.

Sila datang awal untuk mengelakkan sebarang masalah.

.

Telefon bimbit perlu ditutup atau diletakkan dalam mod senyap sepanjang bengkel. Tindakan tegas akan diambil jika tidak patuh pada arahan ini.

.

Peserta wajib patuh pada peraturan.

.

Untuk maklumat lanjut, hubungi infokavyan@yahoo.com.my atau 012-3368142 selewat-lewatnya pada pukul 11:00 malam, 20 Mac 2010. SMS tidak dibalas.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!