bagaimana dapat kudedahkan
kepada anak-cucu
bahawa kau kekasihku
sejak aku masih menyusu
mereka tahu
kau tidak pernah menjadi isteriku
kita bermadu kasih
menjalin madah, bercanda
berbicara soal sastera
isteriku tahu
kau masih kekasihku
bagaimana dapat kudedahkan
kepada anak-cucu
perihal diri engkau
sedangkan kewujudan kau dipertikai
kau tidak pernah wujud, kononnya
aku bercinta dengan bahasa yang tiada
demikian kata mereka
kalau anak-cucu bertanya,
“Di mana Bahasa
apakah aku perlu menjawab,
“Bahasa
dan dikuburkan menjelang alaf baru”?
bagaimana dapat kudedahkan
kepada anak-cucu
bahawa Bahasa
kekasihku
sejak aku masih menyusu
bahawa kita adalah kekasih
yang sama-sama berjuang
menjulang martabat bangsa
bahawa cinta kita dihalang
bukan oleh penjajah
tapi petualang bangsa
isteriku tahu
kau masih kekasihku
anak-cucu akan sedar
kau tetap kekasihku
hadirlah
pada Malam Bahasa Jiwa Bangsa
wahai kekasih
berdiri di sisiku
kita laungkan bersama
kita adalah kekasih
tapi kau masih banduan
di sebuah pustaka
penuh penafian
Uthaya Sankar SB, 15 Julai 2002
No comments:
Post a Comment
Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!