11 Jul 2010

Baca Puisi Rindu Ibu

KANAK-KANAK pelbagai kaum berumur 7 hingga 13 tahun dipelawa mengambil bahagian dalam acara Baca Puisi Rindu Ibu di Perpustakaan Raja Tun Uda, Persiaran Bandaraya, Shah Alam pada Ahad, 8 April 2007, bermula 9 pagi.
..

Acara anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) serta Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (MBBY) adalah sempena Hari Buku Kanak-kanak Antarabangsa yang disambut pada 2 April.

..

Sejumlah puisi kanak-kanak karya Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dalam kumpulan Rindu Ibu dijadikan teks bacaan pada acara berkenaan yang bertujuan memberi peluang kepada kanak-kanak pelbagai kaum menonjolkan bakat membaca puisi dengan penuh penghayatan di pentas terbuka.

..

Orang ramai juga berpeluang beramah-mesra serta mendapatkan tandatangan Penasihat Agung Kavyan, Datuk A Samad Said pada buku Rindu Ibu yang dijual dengan harga istimewa pada majlis berkenaan.

..

(Utusan Malaysia, 29 Mac 2007)

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!