11 Jul 2010

Datuk A Samad Said

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said lahir di Singapura pada 8 Februari 1932 [bukan 9 April 1935 di Melaka - Rujuk DI SINI]. Beliau seniman sepenuh masa dan telah menulis lebih tiga puluh buku; antaranya Salina (novel), Di Mana Bulan Selalu Retak (drama), Ke Mana Terbang Si Burung Senja (novel), Sungai Mengalir Lesu (novel), Di Hadapan Pulau (novel), Langit Petang (novel), Wira Bukit (drama), Hujan Pagi (novel), Lantai T. Pinkie (drama), Antara Bulan dan Wira (esei), Hati Muda Bulan Muda (cerpen), al-Amin (puisi), Keledang (novel), Adik Datang (novel),  Suara Dari Dinding Dewan (puisi) dan Di Atas Padang Sejarah (puisi). [BELI BUKU PAK SAMAD]
...
Beliau penerima Anugerah Pejuang Sastera (1976), Anugerah Penulis Asia Tenggara (1979) dan Anugerah Sastera Negara (1985).
...
Datuk A Samad Said pernah melancarkan “Mogok Seni” pada 1990 dan “Mogok Sastera” pada 2000. Beliau adalah Sasterawan Negara yang juga digelar “Sasterawan Rakyat” dan tidak pernah sunyi daripada pelbagai polemik, isu dan kontroversi.
...
Sebagai seorang seniman, sasterawan, negarawan, pemikir, pejuang bahasa dan anggota masyarakat, beliau sentiasa bersikap terbuka dalam berkongsi pandangan, kritikan, keresahan, kebimbangan dan harapan terhadap pelbagai perkara/isu semasa.
...
Datuk A Samad Said juga Penasihat Agung Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) sejak 2003. Antara aktiviti Kavyan bersama Datuk A Samad Said adalah Baca Cerpen Kavyan pada Ogos 2003, Diskusi Karya Sasterawan Kaum India pada Disember 2003, Apresiasi Sastera Kaum India pada Januari 2004, Baca Cerpen A Samad Said pada Februari 2004, Apresiasi Sastera A Samad Said pada Julai 2006, Baca Puisi Rindu Ibu pada April 2007, Baca Cerpen A Samad Said pada Julai 2008, Pelancaran Rudra Avatara pada Julai 2008, Baca Puisi Rindu Ibu pada Ogos 2008, Baca Puisi Sasterawan Negara pada Julai 2009, Dialog Sasterawan Negara pada Ogos 2009, Baca Puisi A Samad Said pada Ogos 2010, Baca Cerpen Kavyan: Sedekad Kemudian pada September 2013, acara di SJKC Kuen Cheng 2 pada Februari 2014 dan acara di SJKT Taman Melawati pada April 2014.
 
Baca juga: Sementara Sungai Masih Mengalir - Alkisah Hutang Lukisan Pak Samad - BUKU-BUKU PAK SAMAD - Teruskan Perjuanganmu, Pak Samad! -

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!