13 Jul 2010

Sudut Sasterawan Negara

Pengenalan
Anugerah Sastera Negara yang membawa gelaran “Sasterawan Negara” adalah pengiktirafan tertinggi kepada kelompok sasterawan di Malaysia. Sehingga sekarang, terdapat sepuluh Sasterawan Negara. Sebagai menghargai sumbangan mereka serta memperkenalkan karya Sasterawan Negara kepada generasi muda, Sudut Sasterawan Negara akan dilancarkan. Sempena pelancaran itu, acara Dialog Sasterawan dan Baca Puisi A Samad Said dicadangkan.
.

Pengisian Program

Baca Puisi A Samad Said
Pelancaran Sudut Sasterawan Negara
Pelancaran Sudut Buku Penulis Malaysia
.

Penganjur

.

Penaja

.

Tarikh

4 Ogos 2010 (Rabu)
.

Masa

8:00 pagi – 1:00 tengah hari
.

Tempat

SMK Bandar Utama Damansara (4)
Dataran Utama, 47800 Petaling Jaya
.

Pengisian 1

Dialog Sasterawan – Menampilkan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said sebagai tokoh yang akan menjawab pertanyaan yang dikemukakan hadirin (khususnya pelajar dan guru). Sesi dialog akan dikendalikan oleh Presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB.
.

Pengisian 2

Baca Puisi A Samad Said – Menampilkan penyampaian beberapa sajak yang dihasilkan oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said. Deklamasi dilakukan pelajar, guru dan penyair undangan. Datuk A Samad Said dan Prof Madya Dr Lim Swee Tin akan turut mengambil bahagian. Penyampaian sajak boleh dilakukan dalam beberapa bahasa; khususnya Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.
.

Pengisian 3

Sudut Sasterawan Negara – Pelancaran akan dilakukan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said di mana sudut khas ini memaparkan maklumat 10 Sasterawan Negara. Sudut Buku Penulis Malaysia akan dilancarkan Prof Madya Dr Lim Swee Tin yang juga calon Sasterawan Negara ke-11. Penaja akan dicari untuk mendapatkan bahan bacaan yang sesuai.
.

Pengisian 4

Sesi Bersama UAK – Wakil dari Unit Akademik Karangkraf (UAK) yang diketuai Editor Pengurusan, Saharom Abd Aziz akan memperkatakan mengenai operasi UAK serta pengisian majalah e@siswa, Fokus SPM, e-baca dan Majalah PC.
.

Pengisian 5

Gerai Jualan Buku – Penaja mengadakan jualan buku/majalah sepanjang program; dari 8:00 pagi hingga 2:00 petang.
.

Tokoh 1

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said lahir di Melaka pada 9 April 1935. Beliau seniman sepenuh masa dan telah menulis lebih tiga puluh buku; antaranya Salina (novel), Di Mana Bulan Selalu Retak (drama), Ke Mana Terbang Si Burung Senja (novel), Sungai Mengalir Lesu (novel), Di Hadapan Pulau (novel), Langit Petang (novel), Wira Bukit (drama), Hujan Pagi (novel), Lantai T. Pinkie (drama), Antara Bulan dan Wira (esei), Hati Muda Bulan Muda (cerpen), al-Amin (puisi), Adik Datang (novel) dan Suara Dari Dinding Dewan (puisi). Beliau penerima Anugerah Pejuang Sastera (1976), Anugerah Penulis Asia Tenggara (1979) dan Anugerah Sastera Negara (1985). Datuk A Samad Said juga Penasihat Agung Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) sejak 2003. [LAGI]
.

Tokoh 2

Prof Madya Dr Lim Swee Tin lahir di Kelantan pada 26 September 1952. Pada 1988-1992, beliau melanjutkan pengajiannya di Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama sebelum meneruskan perkhidmatan di Negeri Sembilan dan Selangor selama 10 tahun lagi sebagai guru. Pada 1996-1999, beliau melanjutkan pengajian bagi memperoleh Ijazah Sarjana Sastera (M.A) dan 2000-2005 di peringkat Doktor Falsafah (Ph.D). Sejak 1 Disember 2000, beliau berkhidmat di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM. [LAGI]
.

Rangka Atur Cara

.

8:00 pagi

Gerai Jualan Buku bermula
9:00 pagi
Sesi Bersama UAK
10:00 pagi
Rehat
Pendaftaran Wakil Media
Ketibaan Tetamu
10:30 pagi
Ucapan Wakil Kavyan
Ucapan Pengetua SMK Bandar Utama Damansara (4)
Penyampaian Cenderamata
11:00 pagi
Baca Puisi A Samad Said
12:00 tengah hari
Dialog Sasterawan
12:30 tengah hari
Pelancaran Sudut Sasterawan Negara
Pelancaran Sudut Buku Penulis Malaysia
Sidang Media
.

Sasaran Khalayak

Khalayak yang dijangka menghadiri program ini terdiri daripada (tetapi tidak terhad kepada) guru, pelajar sekolah, pelajar kolej, penulis, peminat sastera, wakil persatuan penulis, wakil media, wakil penerbit, PIBG, wakil Jabatan Pelajaran Negeri, aktivis sastera dan budaya membaca. Memandangkan acara melibatkan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang dikenali umum, maka majlis ini wajar dibuka kepada umum.
.

Promosi dan Publisiti

Promosi dan publisiti akan dilakukan menerusi media cetak (akhbar pelbagai bahasa), undangan media, poster, surat ke sekolah-sekolah berdekatan, surat kepada khalayak sasaran dan promosi menerusi Internet (blog, laman sesawang, laman rangkaian sosial dan seumpamanya). Antara media konvensional dan alternatif yang dikenal pasti adalah (tetapi tidak terhad kepada) Sinar Harian, Berita Harian, Utusan Malaysia, New Straits Times, The Star, The Sun, Sin Chew Jit Poh, Nanyang Siang Pau, Makkal Osai, Malaysia Nandan, majalah-majalah terbitan Karangkraf, majalah-majalah terbitan DBP, RTM, TV3, EduTV, MinnalFM, AiFM, Bernama Radio24, Blog Kavyan, Blog One Nusantara, Blog Citra Kurnia, Blog Wira Bukit, Blog UAK, Malaysiakini, TheMalaysianInsider, mStar, Facebook dan Baca@LRT.
.

Cenderamata dan Saguhati

Penganjur dan penaja akan menguruskan cenderamata kepada tetamu khas dan peserta aktiviti, serta saguhati setimpal kepada tetamu khas yang diundang ke program ini.
.

Press Kit

Maklumat secukupnya akan disediakan dalam bentuk press kit untuk diberi kepada wakil media semasa pendaftaran. Sebaik-baiknya, siaran media (press release) disediakan untuk memudahkan wakil media membuat laporan aktiviti. Cenderamata juga sesuai diberikan kepada wakil media semasa pendaftaran sebagai tanda penghargaan.
.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut berhubung program ini boleh didapatkan dengan menghubungi infokavyan@yahoo.com.my atau Aman Koh (012-6998065) dan Uthaya Sankar SB (016-3288142).
.

Disediakan oleh: Jawatankuasa Kavyan

Juru Runding: Aman Koh (One Nusantara Sdn Bhd)
Tarikh: 4 Julai 2010
Kemas kini: 13 Julai 2010

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!