2. Manusia yang hidup 5,000 tahun dahulu memiliki otak yang bersaiz lebih besar. Kajian arkeologi di Eropah, China, Afrika Selatan dan Australia menunjukkan saiz otak manusia sudah mengecut 150 sentimeter padu atau 10 peratus berbanding saiz otak 1,350 sentimeter padu milik manusia purba.
3. Saiz otak hanyalah dua peratus daripada keseluruhan berat badan tetapi organ itu menggunakan hampir 20 peratus oksigen dan 25 peratus glukosa dalam darah manusia.
4. Kedutan pada permukaan otak sebenarnya membantu manusia menjadi lebih bijak. Bahagian permukaan ini dipanggil korteks serebrum dan memiliki hampir 100 bilion neuron atau sel saraf. Permukaan yang berkedut memberi ruang kepada lebih banyak sel saraf.
5. Pandangan bahawa manusia hanya menggunakan 10 peratus otak ternyata tidak benar. Fakta sebenar adalah bahawa sel saraf hanya mewakili 10 peratus sel otak. Baki 90 peratus adalah glia yang bermakna “perekat” dalam Bahasa Greek dan mewakili 50 peratus berat otak. Glia memberi perlindungan kepada sel otak serta merangsang pertumbuhan dan fungsi otak.
6. Terdapat sel khas dalam sistem darah di otak yang hanya membenarkan kemasukan molekul tertentu ke dalam otak. Secara tidak langsung, fungsi semula jadi ini melindungi otak daripada sebarang jangkitan.
7. Asas pembentukan otak bermula semasa janin mencapai tempoh tiga minggu dalam kandungan ibu. Tisu khas yang terhasil pada tempoh ini juga membentuk sistem saraf pusat bagi bayi yang bakal lahir.
8. Tingkah laku remaja yang sering menguji kesabaran ibu bapa sebenarnya adalah berita baik kerana ia berpunca daripada pertumbuhan otak remaja berkenaan. Perubahan ini berlaku selepas individu itu mencapai akil baligh, khususnya pada bahagian otak yang mengawal kemampuan membuat pertimbangan dan membuat keputusan sendiri.
9. Pandangan yang mengatakan orang dewasa tidak boleh membentuk sel saraf otak ang baru terbukti tidak benar. Misalnya, pada 2007, seorang pesakit yang lumpuh mula menunjukkan peningkatan apabila sel otaknya mula mengambil maklumat visual menggunakan sel saraf yang lain.
10. Pandangan bahawa otak lelaki dan wanita berfungsi dengan cara berbeza tidak sepenuhnya benar. Hormon terbukti mempengaruhi perkembangan otak. Kajian menunjukkan wanita dan lelaki merasai kesakitan, membuat keputusan dan menangani tekanan dengan cara yang berbeza. Selain itu, keupayaan otak lelaki dan wanita hampir sama.
Misteri Minda Manusia – KLIK DI SINI
No comments:
Post a Comment
Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!