12 Jan 2011

Jangan pula salahkan saya: Murugiah

SHAH ALAM – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah menafikan dakwaan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang menuduhnya sengaja memulakan isu novel Interlok edisi murid yang didakwa berunsur perkauman. [BACA DI SINI]
.

Menurutnya, isu tersebut telah dibangkitkan oleh masyarakat India dan beliau sebagai pemimpin mengesyorkan beberapa perkara termasuk membawa isu itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat bersama Kementerian Pelajaran serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

.

Katanya, editor sebuah akhbar berbahasa Tamil merupakan orang yang pertama mengadu kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) dan turut bersamanya dalam kedua-dua mesyuarat berkenaan.

.

“Saya cuma syorkan kepada Kementerian Pelajaran dan DBP supaya mengeluarkan ayat sensitif itu hasil daripada aduan orang ramai kepada saya.

.

“Jangan salahkan saya kerana saya hanya menjalankan tugas, sebelum itu saya dapat banyak panggilan dan SMS berkenaan isu ini,” katanya kepada Sinar Harian.

.

Murugiah yang juga Senator turut menjelaskan bahawa beliau mengambil tindakan dengan segera berkaitan isu ini kerana beliau tidak mahu masyarakat India salah faham dan memburukkan nama Barisan Nasional (BN).

.

“Kepada beliau (Ibrahim), jangan pandai-pandai salahkan saya. Isu ini keluar dahulu dalam akhbar berbahasa Tamil dan kemudian diadu kepada saya,” katanya.

.

Pada 15 Disember lalu, Murugiah mengeluarkan kenyataan bahawa novel Interlok edisi murid ditarik balik serta-merta daripada dijadikan teks Komsas selepas mendapat persetujuan Penolong Pengarah Unit Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Sairi Adenan; dan Pengarah Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Abdul Khalik Sulaiman.

...

(Disiarkan di Sinar Harian pada 13 Januari 2010. Sila KLIK DI SINI untuk kenyataan Perdana Menteri dan Kavyan serta pelbagai bahan berkaitan.)

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!