Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pihak yang tidak bertanggungjawab ini sebenarnya menggunakan isu berkenaan bagi kepentingan politik peribadi iaitu cuba mendapatkan semula sokongan kaum India.
Menurutnya, isu ini mula dibangkitkan pada 2005 oleh perunding buku mata pelajaran Sejarah Tingkatan Tiga, Dr Ranjit Singh Malhi yang mempersoalkan beberapa kesilapan fakta sejarah yang terdapat dalam buku teks Interlok.
“Malangnya Datuk T Murugiah yang baru masuk MIC turut cuba menjadi hero Tamil untuk cari sokongan politik murahan di kalangan kaum India dan mengeluarkan pelbagai kenyataan mengenai buku ini.
“Tuduhan bahawa buku teks Komsas itu berunsur perkauman telah disambut oleh beberapa pemimpin lain, dan Perkasa sekeras-kerasnya mengutuk sikap rasis yang tidak bertempat dan tanpa usul periksa seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, pada 12 Januari 2011.
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas turut mengutuk beberapa pemimpin yang terlalu emosional dan tidak berhati-hati sehingga membakar serta mengguris perasaan kaum lain, sekali gus menggugat keharmonian negara.
“Mungkin pemimpin-pemimpin ini tidak perlukan undi kaum Melayu kerana tergamak bakar gambar Abdullah dan buku Interlok.
“Jadi Perkasa beranggapan Murugiah sebagai orang yang bertanggungjawab menyinggung perasaan orang Melayu dalam isu buku Interlok,” katanya.
(Disiarkan di Sinar Harian pada 13 Januari 2010. Sila KLIK DI SINI untuk kenyataan Perdana Menteri dan Kavyan serta pelbagai bahan berkaitan.)
No comments:
Post a Comment
Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!