KUALA LUMPUR – Pas menegaskan isu yang dibangkitkan berhubung teks sastera tingkatan lima bertajuk Interlok mestilah ditangani dengan bijak kerana isu ini melibatkan sensitiviti kaum di negara ini.
.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, semua pihak yang menyuarakan bantahan serta mereka yang mempertahankan karya buku tersebut seharusnya berjumpa dan menyelesaikannya dengan baik sebelum isu ini menjadi lebih panas.
.
“Saya seru semua pihak jangan terlalu emosi sangat, Pas sedar ada unsur yang sensitif, jadi kita minta isu ini diselesaikan dengan baik,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, di sini, semalam.
.
Isu teks Interlok ini timbul apabila terdapat pihak mendakwa terdapat tulisan dalam karya tersebut yang menyatakan kaum India di negara ini semuanya berasal daripada kasta paria dan ia adalah sesuatu yang amat sensitif.
No comments:
Post a Comment
Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!