Berikut adalah perakuan pindaan oleh Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok secara konsensus kepada Kerajaan berdasarkan terma rujukan:
Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok membuat perakuan bahawa pindaan perlu dibuat pada bahagian-bahagian yang dianggap sensitif kepada semua kaum, bukan terhad kepada kaum India sahaja. Sehubungan itu, panel ini mencadangkan enam pilihan pindaan novel Interlok.
Panel ini telah menerima maklum balas daripada Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain berhubung pindaan pada muka surat 211 dan cadangan enam pilihan pindaan. Beliau telah mengemukakan cadangan pindaan seperti berikut ini:
Satu perkara besar yang membuat mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalam satu golongan yang sama. Mereka tidak perlu takut akan mengotori sesiapa kalau bersentuhan. Mereka juga bebas bergaul. Tempat di dalam kapal itu tidak teratur. Mereka berasak-asak seperti kambing.
Maklumat Tambahan
Terma Rujukan yang diberi oleh Kementerian Pelajaran semasa mesyuarat pertama Panel Bebas pada 16 Februari 2011:
- Novel Interlok akan terus digunakan sebagai teks Komsas bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk murid Tingkatan Lima di Zon 2, iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan.
- Panel Bebas hanya membuat pindaan pada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India.
- Skop perbincangan Panel Bebas hanya menjurus kepada perkataan “paria” yang terdapat pada muka surat 211 novel Interlok.
- Panel Bebas akan mengkaji bentuk pindaan yang sesuai.
- Panel Bebas hendaklah mengemukakan perakuan pindaan kepada kerajaan secara konsensus.
- Sebarang pindaan yang dibuat pada novel ini tidak akan menjejaskan jalan cerita dan juga mesej murni yang ingin disampaikan oleh Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain melalui karyanya.
.
.
.
.
.
Enam Cadangan Pindaan
Cadangan 1
i. Bagi sekolah yang tidak mempunyai murid India, penggunaan novel Interlok diteruskan.
ii. Bagi sekolah yang mempunyai murid India, mereka dibenarkan untuk memilih menggunakan teks Komsas yang telah ditetapkan di Zon 1, Zon 3 dan Zon 4.
Cadangan 2
i. Buku 1 Keluarga Seman, penceritaan mengenai watak Pak Musa sehingga kematiannya perlu digugurkan.
ii. Buku 2 Keluarga Cing Huat, penceritaan mengenai keluarga Cing Huat di Tanah Besar China perlu digugurkan.
iii. Buku 3 Keluarga Maniam, penceritaan mengenai kedatangan Maniam ke Tanah Melayu juga turut digugurkan.
Cadangan 3
Cadangan 4
Cadangan 5
Cadangan 6
Satu perkara besar yang membuatkan mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalam kasta yang sama. Keadaan ini menjadikan mereka bertambah mesra walaupun dalam kapal itu tidak teratur dan agak sesak serta sempit.
atau
Satu perkara besar yang membuatkan mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalam kasta Sudra. Keadaan ini menjadikan mereka bertambah mesra walaupun dalam kapal itu tidak teratur dan agak sesak serta sempit.
..
