Sunday, 19 May 2013

Muniswaran M Errisson

Muniswaran M Errisson lahir di Taiping, Perak dan kini tinggail di Cheras. Beliau mendapat pendidikan awal di SJKT Ladang Selinsing, SM Simpang, SM Darul Ridwan dan SM King Edward VII, Taiping. Kemudian beliau melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan ijazah sarjana pengurusan perniagaan di Universiti Malaya (UM). Muniswaran mempunyai pengalaman profesional sebagai eksekutif pemasaran di MBf Leasing Sdn Bhd, penolong pengurus di Century Tokyo Capital Sdn Bhd dan pengurus kanan di RHB Bank Berhad. Beliau memegang jawatan bendahari dalam Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) sejak Oktober 2009. [Rujuk - SENARAI PENULIS KAUM INDIA]