Friday, 17 May 2013

Thiruselvam Padmanabhan

Thiruselvam Padmanabhan lahir di Klang, Selangor dan membesar di Taman Sri Muda, Shah Alam. Beliau mendapat pendidikan awal di SRJK (T) Ladang Emerald, SMK Taman Sri Muda dan SMK Sultan Salahudin Abd Aziz Shah, Shah Alam sebelum melanjutkan pelajaran di Institut Perguruan Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. Kini beliau merupakan tenaga pendidik di SJK (T) Sungai Renggam, Shah Alam. Thiruselvam juga pengasas dan setiausaha agung Shah Alam Soccer Youth Academy (Sasya) sejak 2012. Beliau menyertai Bengkel Penulisan Makalah Budaya anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan makalah sulung bertajuk “Keunikan Perayaan Thaipusam” disiarkan dalam majalah Dewan Budaya (Jun 2012). Thiruselvam juga menganggotai jawatankuasa Kavyan sejak Januari 2012. [SENARAI PENULIS KAUM INDIA]