
Maklumat:
Novel Satu Pengajaran karya Mohd Izan Abd Hazes @ Mohd Faris Ikmal diterbitkan oleh Associated Education Distributors (M) Sdn Bhd pada 2006. Novel itu diterbitkan semula dengan judul Hikmah oleh V-Nice Resources dan dijadikan teks Komsas Tingkatan Satu di Perak, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Malangnya, Associated Education Distributors (M) Sdn Bhd meminta penulis menuntut bayaran daripada V-Nice Resources manakala V-Nice Resources pula mengatakan ia sudah membuat bayaran kepada Associated Education Distributors (M) Sdn Bhd. Hingga kini tiada apa-apa penyelesaian.