Kughan
Nadarajah lahir di Klang dan membesar di Shah Alam,
Selangor. Beliau mendapat pendidikan awal di SRJK (T) Sungai Renggam dan SMK
Seksyen 24, Shah Alam. Kemudian Kughan melanjutkan pengajian diploma sains
komputer di Institut Teknologi Tun Abdul Razak, sarjana muda sains komputer di
Kolej SEGi dan sarjana sains teknologi maklumat di Universiti Teesside, Middlesbrough,
United Kingdom. Selepas itu beliau memulakan kerjaya sebagai jurutera komputer
di Shah Alam. Minat serta bakat Kughan dalam bidang penulisan mula menyerlah
selepas menyertai beberapa aktiviti dan bengkel anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
mulai 2010; khususnya Bengkel Penulisan Makalah Budaya (Mei
2012). Makalah bertajuk “Rahsia Kehebatan Varma Kalai” tersiar di majalah Dewan Budaya (September 2012); diikuti
makalah “Seni Silambam” (Dewan Budaya,
Oktober 2012), “Penjelajahan ke Planet Marikh” (Dewan Kosmik, Januari 2013) dan “Kabadi: Bersaing Tangkis Serangan”
(Dewan Budaya, April 2013). Kughan
turut menjadi Penolong Setiausaha Kavyan (sejak 2012), Setiausaha Kavyan (November 2013 - Februari 2014) dan AJK Khas Kavyan (mulai Februari 2014), serta penyelaras Lawatan Penulisan Kavyan (29-30 Jun 2013). [SENARAI PENULIS KAUM INDIA]