27 Mar 2010

Pe(r)juang(an) Bahasa

bongkar perut bumi

selongkar seisi dunia

teliti setiap inci

buru hingga nyah

...

sesaat pun jangan dibiar

berlalu tanpa rasa cinta

biar siapa menentang

jangan diam, terus cabar

...

buru penghalang cinta

bunuh petualang bahasa

bahasa menunjukkan bangsa

hilang bahasa, di mana kita?

...

bongkar perut bumi

dedah apa yang hakiki

berjuang hingga semput nadi

kemenangan bakal dimiliki

...

Uthaya Sankar SB

18 Disember 2002

...

Sajak Pe(r)juang(an) Bahasa dan Pe(r)juang(an) Bahasa II dihasilkan pada 18 Disember 2002 dipaparkan di laman Komuniti Penyair pada Disember 2002 sebelum dimuatkan dalam surat berita Kavya keluaran Januari 2003. Baca sedikit catatan penting DI SINI.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!