21 Oct 2013

Penulis Tamil - B A Sivam

B. A. Sivam (Pa. Sivam) lahir di Sungai Siput, Perak pada 25 Julai 1978 dan meninggal dunia pada 28 Februari 2013. Mendiang merupakan bekas setiausaha akhbar (2011-2013) kepada Datuk S. Subramaniam sewaktu beliau menjadi Menteri Sumber Manusia. Sivam pernah menjadi pengarah projek pertandingan cerpen anjuran Persatuan Bahasa Tamil Universiti Malaya (UM). Mendiang juga berpengalaman bekerja di bilik berita (Bahasa Tamil) Radio Televisyen Malaysia (RTM). Sivam pernah menulis dan menerbitkan beberapa koleksi sajak seperti Unathu Peyar Naan (2006) dan Pinnar Apparavai Meendum Tirumpiyathu (2009). Karyanya menerima anugerah cerpen terbaik daripada Persatuan Penulis-penulis Tamil Malaysia (2010). – Biodata ini dipaparkan sebagai sebahagian projek Antologi Cerpen Terjemahan Tamil. Baca juga: Biodata Sasterawan Kavyan.