Monday, 21 October 2013

Penulis Tamil - Yogi

Yogi  adalah nama pena bagi Yogesvary Periasamy yang lahir di Teluk Intan, Perak dan kini menetap di Batu Caves, Selangor. Beliau bekerja sebagai wartawan akhbar Nam Naadu selain menulis karya di beberapa akhbar dan majalah Tamil. Kumpulan esei Thudaikapadatha Ratha Karaikal (2012) adalah buku sulung beliau yang menghimpunkan pengalaman peribadi yang boleh dijadikan semangat dan pedoman kepada para pembaca; khususnya wanita luar bandar yang memulakan hidup di bandar. Yogi adalah editor laman sesawang www.vallinam.com.my yang menghimpunkan karya penulis Tamil generasi muda. – Biodata ini dipaparkan sebagai sebahagian projek Antologi Cerpen Terjemahan Tamil. Baca juga: Biodata Sasterawan Kavyan.