30 Jan 2018

Penyunting Bersekutu – Karupaya

Para penyunting bersekutu berikut menawarkan diri secara sukarela untuk membantu kerja-kerja menyemak, membaiki dan memperkemas manuskrip cerpen-cerpen dalam Karupaya (2018) sebelum diterbitkan dalam bentuk buku. Biodata penuh mereka boleh dibaca dalam buku berkenaan.


Annadurai Subramanian @ KA. S. Annadurai berasal dari Kamunting, Perak. Beliau kini berkhidmat sebagai guru Bahasa Jerman di SMK Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Anuradha Chelliah berasal dari Banting, Selangor. Kini, beliau berkhidmat sebagai pendidik di SK Sri Langat, Banting.

Chua Pei Yong seorang penulis etnik Hokkien berketurunan Tionghua yang gemar membaca dan menimba ilmu. Beliau suka berkongsi tentang budaya dan pengetahuan dalam penulisan.

Devishi Prabha Sankari lahir di Klang, Selangor dan membesar di Shah Alam. Karyanya pernah tersiar di Dewan Pelajar.

Jeeva Kasthuri Anamalay @ Kasthuri C. Arjun  dilahirkan di Tanjung Malim, Perak dan kini tinggal di Sungai Petani, Kedah. Beliau seorang guru tuisyen sepenuh masa.

S. Maartandan Suppiah  lahir dan membesar di Kota Tinggi, Johor.  Kini, beliau bekerja sebagai pensyarah di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampar, Perak.

Monalita Mansor lahir di Mentakab, Pahang. Beliau kini tinggal di Petaling Jaya, Selangor dan merupakan seorang pengarang sepenuh masa sejak 2012. 

Navanitha Nairu @ N. Nitha lahir di Kangar, Perlis dan kini tinggal di Menglembu, Perak. Cerpennya termuat dalam antologi Nota Untuk Ayah (2016) dan Hello 2 (2017).

Nizha Periaswamy lahir di Petaling Jaya, Selangor dan membesar di Shah Alam. Beliau memulakan kerjaya di akhbar Kosmo! sebelum menjadi sub-editor dan editor di sebuah portal berita.

Prabhawathy Govindarajoo lahir dan membesar di Kamunting, Perak. Karyanya pernah tersiar di Metro Ahad, Dewan Siswa, Dewan Budaya, Dewan Bahasa dan Dewan Masyarakat.

Thanusya Shanmuganathan @ Meera Natasya adalah graduan sarjana muda sastera dari Universiti Malaya (UM). Beliau menetap di Petaling Jaya, Selangor dan bertugas sebagai pengurus peruncitan di Kedai Buku MPH.

Uthaya Sankar SB lahir di Aulong Lama, Taiping, Perak. Beliau menjadi penulis sepenuh masa.

Wan Mahiran Wan Mohamad @ Annur Puteri dilahirkan di Kampung Belimbing, Tanah Merah, Kelantan dan kini menetap di Kampung Bukit Gading, Tanah Merah.


Biodata penuh boleh dibaca dalam buku Karupaya (2018) yang menghimpunkan 13 cerpen karya M. Mahendran. Setiap penyunting bersekutu menerima 5 naskhah buku sebagai tanda penghargaan.