27 Mar 2019

Biodata — KA. S. Annadurai

Annadurai Subramanian @ KA. S. Annadurai berasal dari Kamunting, Perak. Beliau pernah menjadi guru Bahasa Malaysia, Tamil dan Inggeris di beberapa sekolah selepas tamat latihan perguruan di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh. Seterusnya, Annadurai mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang bahasa dan linguistik (Bahasa Jerman) dari Universiti Malaya (UM), selain kerap menyertai kursus kepakaran bahasa di Jerman. Beliau kini berkhidmat sebagai guru dan Ketua Panitia Bahasa Jerman di SMK Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor. Annadurai turut menjadi penyunting bersekutu kumpulan cerpen Ikan Patin dan Beruang Besar (2017) dan Karupaya (2018). Beliau menyertai Sesi Penulisan Intensif II Sasterawan Kavyan (23–24 Mac 2019), lalu karya sulung tersiar di majalah Dewan Bahasa (Jun 2019). Karya beliau juga termuat dalam antologi Busana Bahasa (2019) dan antologi Landasan Hidup (2020). - [Baca juga — Biodata Sasterawan Kavyan]