Sunday, 16 June 2019

Biodata — M. Mahendran

M. Mahendran anak jati Bentong, Pahang. Beliau mula aktif menulis cerpen Bahasa Malaysia dan Tamil untuk akhbar dan majalah pada tahun 1987. Karya beliau mendapat pengiktirafan menerusi Hadiah Cerpen Malayan Banking-DBP (1988, 1991) dan Hadiah Cerpen Pelbagai Kaum DBP (2003). Cerpen-cerpen Mahendran termuat dalam beberapa antologi terbitan DBP dan Fajar Bakti. Beliau menterjemah kumpulan cerpen penulis Tamil veteran, M. Ramaiah dan terbit dengan judul Mimpi dan Impian (2013). Karupaya (2018) adalah kumpulan cerpen sulung yang memuatkan karya-karya terpilih Mahendran. Beliau juga terlibat dalam mesyuarat penubuhan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) pada Ogos 1999. Karya beliau juga termuat dalam antologi Vanakam (2002) dan Busana Bahasa (2019). – [Biodata Sasterawan Kavyan] – [Kaum India dan Sastera Kebangsaan]