27 Mar 2010

Mesyuarat Penubuhan Kavyan, Disember 2002

....
Tarikh: 21 Disember 2002 (Sabtu)

Masa: 3:15 petang

Tempat: 27 Jalan 25/82-B, Taman Sri Muda, 40400 Shah Alam

..

Kehadiran

(Berdiri, dari kiri) S.G. Prabhawathy, Raja Rajeswari Seetha Raman, Vijayaletchumy Vellasamy, Saroja Theavy Balakrishnan, Ganesan Duraisamy.

(Duduk, dari kiri) Dr Krishanan Maniam, Uthaya Sankar SB (memangku Devishi Prabha Sankari), Raman Visualingom, Thillai Kamalan Nadarajah.

..

Ucapan Pengerusi Penubuhan

Uthaya Sankar SB selaku pengerusi penubuhan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir mesyuarat penubuhan. Beliau menerangkan matlamat mengadakan mesyuarat ini adalah untuk menubuhkan Kavyan.

..

Meluluskan Nama dan Alamat Pertubuhan

Mesyuarat embincangkan tentang nama pertubuhan dan bersetuju dengan sebulat suara dengan nama Kavyan (Persatuan Penulis Kaum India Malaysia) atau dalam Bahasa Inggeris ditulis sebagai Kavyan (Malaysian Indian Writers’ Association). Alamat urusan rasmi adalah di 27 Jalan 25/82-B, Taman Sri Muda, 40400 Shah Alam. [Nota: Nama itu kemudian ditukar kepada Kumpulan Sasterawan Kavyan atau dalam Bahasa Inggeris disebut Kavyan Writers’ Group.]

..

Perlembagaan Pertubuhan

Mesyuarat membincangkan draf perlembagaan pertubuhan dan dengan sedikit pindaan, perlembagaan diluluskan oleh semua ahli yang hadir.

..

Jawatankuasa

Satu Jawatankuasa Penaja dipilih berpandukan Perlembagaan Kavyan. Mesyuarat mencadangkan supaya senarai ahli dalam Jawatankuasa Penaja dikekalkan sebagai Jawatankuasa Kavyan apabila pendaftaran diluluskan. [SENARAI DI SINI]

..

Penasihat

Mesyuarat memutuskan untuk melantik Dr Krishanan Maniam sebagai Penasihat Kavyan.

..

Mendaftar Pertubuhan

Majlis bersetuju untuk mendaftarkan pertubuhan ini dengan Pendaftar Pertubuhan. Tugas bagi pendaftaran ini diserahkan kepada Jawatankuasa Penaja untuk menguruskannya.

.

Izin Sementara Bagi Menjalankan Aktiviti

Majlis memutuskan untuk mendapatkan surat izin sementara bagi menjalankan aktiviti supaya aktiviti boleh dimulakan pada Januari 2003; sementara menunggu pendaftaran pertubuhan diluluskan. Tugas mendapatkan surat izin ini diserahkan kepada Jawatankuasa Penaja untuk menguruskannya.

..

Mesyuarat Tamat

Mesyuarat ditamatkan pada pukul 4:45 petang.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!