27 Sept 2019

Biodata — Chua Pei Yong

Chua Pei Yong merupakan seorang anak jati Klang, Selangor. Graduan Diploma Farmasi darii Management and Science University (MSU), Shah Alam ini mempunyai beberapa buah antologi yang telah diterbitkan; contohnya Kerana Dia Ratu Sehari (2014), Kepadamu Kekasih (2015), dan Legasi Bonda (2019). Selain itu, Chua Pei Yong merupakan pengarang novel mini Mr Boer (2016) dan novel kanak-kanak Addison, Aku Tetap Juara! (2018). Karyanya pernah tersiar di majalah Pentas, Tunas Cipta dan akhbar New Sabah Times. Chua Pei Yong gemar membaca, menulis, menonton televisyen dan mengembara pada waktu lapang. Beliau juga sering menyertai program bahasa dan sastera anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan); misalnya Bicara Karya Penulis Malaysia (21 April 2018) dan Pertemuan Santai Penulis Malaysia (14 September 2019).