24 Dec 2019

Biodata — Ramlan Ramli

Ramlan Ramli berasal dari Bintong, Kangar, Perlis. Beliau pernah bertugas sebagai penolong pegawai eksekutif Unit Tarbiyah, Biro Pendidikan ABIM Pusat; penolong pegawai pentadbiran di Rumah Pengasih, Persatuan Pengasih Malaysia; penolong kaunselor di Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah, Jabatan Kebajikan Masyarakat; penolong pegawai psikologi di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kecil Kampar, Perak; dan sekarang berkhidmat sebagai penolong pegawai psikologi di Penjara Sungai Buloh. Ramlan memiliki  Diploma Psikologi dari Kolej Dar Al-Hikmah dan ijazah Sarjana Muda Antropologi Sosiologi dari Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau menyertai Sesi Penulisan Intensif Sasterawan Kavyan (Jun 2019) dan karya-karyanya mula tersiar di portal dalam talian selepas itu. Karya Ramlan turut termuat dalam antologi Landasan Hidup (2020). Lihat juga — [Biodata Sasterawan Kavyan]