13 Nov 2019

Biodata — Rupasree Ganesan

Rupasree Ganesan lahir dan membesar di Kuala Lumpur. Beliau merupakan graduan sarjana muda sastera (seni halus) dari Universiti Sains Malaysia (USM). Kini, beliau sedang melanjutkan pengajian sarjana sastera di Universiti Malaya (UM). Rupasree seorang artis bebas dalam bidang seni henna dan kolem, serta guru subjek Seni dan Bahasa Malaysia di sebuah sekolah antarabangsa. Beliau sering melibatkan diri dalam pameran seni, sama ada sebagai penganjur atau peserta. Dua esei tulisan beliau tersiar di akhbar New Straits Times pada tahun 2010. Rupasree menyertai Sesi Penulisan Intensif V Sasterawan Kavyan (November 2019) untuk mengasah bakat penulisan kreatif dan karya beliau termuat dalam antologi Landasan Hidup (2020) dan Peluru Aksara (2020). Lihat juga — [Biodata Sasterawan Kavyan]