1 May 2020

Biodata — Weng Poh Leng

Weng Poh Leng @ PL Weng berasal dari Kuala Lumpur dan merupakan anak sulung. Beliau melanjutkan pengajian sarjana muda di Universiti Malaysia Terengganu dalam jurusan Sains Biologi dan sarjana di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan Mikrobiologi Perubatan. Hasil penyelidikan PL Weng turut diterbitkan dalam jurnal tempatan dan antarabangsa seperti European Journal of Clinical Microbiology and Infectious Disease. Beliau pernah menyertai beberapa projek penulisan dalam talian dan karya diterbitkan oleh Burning House Press (28 Disember 2017).  PL Weng turut menyumbang artikel kepada Majalah Samudera terbitan Tentera Laut Diraja Malaysia sejak tahun 2018. Beliau gemar menghasilkan karya kreatif seperti penulisan dan seni lukisan. PL Weng menyertai ProjekAntologi Karya Penulis Malaysia. Lihat juga — [Biodata Sasterawan Kavyan]