1 May 2020

Biodata — Hidayat Muhamad

Hidayat Muhamad @ Wan Nurhidayat bin Wan Muhamad lahir di Mentakab, Pahang. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Gual Periuk, Rantau Panjang, Kelantan dan Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Hidayat menulis dalam genre puisi, cerpen, dan esei ilmiah. Puisi dan cerpen beliau pernah diterbitkan di akhbar Berita Harian dan antalogi Kopi (2015). Hidayat menghasilkan antologi puisi Dari Jendela Kamar (2015) bersama ayahnya. Beberapa esei ilmiah pernah diterbitkan dalam jurnal akademik tempatan. Hidayat menyertai Bengkel Sayembara Penulisan Cerpen Menara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada Mac 2020. Cerpen “PONTI-30” yang dihasilkan susulan bengkel itu tersiar di majalah Tunas Cipta (Mei 2020). Hidayat menyertai ProjekAntologi Karya Penulis Malaysia. Lihat juga — [Biodata Sasterawan Kavyan]