6 Jun 2022

Lakaran Diri Felecia Lubok

“Saya berasa bangga dapat melibatkan diri bersama penulis lain dalam antologi Lakaran Diri (2022) meskipun saya masih banyak kekurangan. Saya juga bangga dapat menyahut cabaran untuk diri sendiri dan berjaya menyiapkan dua cerpen bagi antologi ini meskipun banyak rintangan dihadapi. Sesungguhnya, saya rasa amat teruja dapat bersama-sama para penulis lain yang menghasilkan karya Sastera Kebangsaan. Tambahan pula, saya ‘wakil’ tunggal dari Sarawak dalam projek antologi ini.” Felecia Lubok

Felecia Lubok anak jati keturunan Iban dari Roban, Sarawak. Minat menulis sejak di bangku sekolah. Beliau mendapat sagu hati dalam Pertandingan Menulis Cerpen anjuran DBP Cawangan Sarawak (1997). Cerpen bahasa Iban, serta puisi dan cerpen Bahasa Malaysia termuat dalam pelbagai antologi. Felecia turut aktif menulis lirik lagu bahasa Iban. Dapatkan biodata penuh beliau dalam antologi Lakaran Diri (2022).