10 Jun 2022

Lakaran Diri Thanusya Shanmuganathan

“Saya teruja kerana dapat menyertai projek antologi Lakaran Diri. Proses penulisan untuk antologi kali ini amat lancar dan saya dapat menyiapkan manuskrip lebih cepat daripada tempoh yang saya tetapkan. Saya tidak sabar menanti maklum balas pembaca mengenai cerpen dan fragmen novel yang saya hasilkan kali ini.” — Thanusya Shanmuganathan

Thanusya Shanmuganathan sudah menghasilkan novel berjudul Tak Sengaja Cinta (2014), Cik Cemerkap vs Encik Selfie (2016), dan Savithri (2021) menggunakan nama pena Meera Natasya. Selain itu, cerpen beliau termuat dalam pelbagai antologi. Dapatkan biodata penuh Thanusya dalam antologi Lakaran Diri (2022).