12 Jun 2022

Lakaran Diri Malini Lakshmi Bai

“Saya berasa amat gembira tetapi ada juga sedikit rasa gementar kerana ini adalah projek antologi yang pertama bagi penulis baharu seperti saya. Jadi, saya tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini, lalu bertekad untuk mencuba. Saya juga tidak sabar untuk membaca hasil penulisan sendiri dan para penulis lain dalam antologi Lakaran Diri. Tentu sahaja saya akan berkongsi pengalaman berharga ini dengan keluarga dan pelajar saya. Semoga lebih ramai anak muda akan tampil meneroka bidang penulisan Bahasa Malaysia pada masa akan datang.” — Malini Lakshmi Bai

Malini Lakshmi Bai ialah graduan Pengajian Bahasa Inggeris dan Linguistik (Kepujian) dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Kampus Kampar, Perak. Beliau meminati bidang penulisan sejak bangku sekolah. Dapatkan biodata penuh Malini dalam antologi Lakaran Diri (2022).