29 Oct 2022

Kandungan Katha Sarit Sagara


Berikut maklumat kandungan buku Katha Sarit Sagara (2023):

 

Prakata – [Wajib dibaca kerana cerita bermula di sini] [baca petikan di sini]

Pengantar – [klik di sini]

I. Kathapitha

1. Pataliputra

Maka, pasangan muda itu meluangkan masa berbual-bual dan saling berkenal-kenalan secara intim. Menjelang subuh, Putraka terbang meninggalkan rumah agam itu tanpa disedari sesiapa.

2. Anugerah Khas

Sebaik anak itu lahir, Dewa Murugan muncul dalam mimpi Vasudatta dan memaklumkan bahawa bayi berkenaan perlu pergi berguru dengan seorang tokoh bernama Varsa.

3. Dewa di Dalam Peti

“Wahai para dewa yang berada di dalam peti, bukankah anda mendengar sendiri pengakuan Hiranyagupta bahawa suami saya telah menyerahkan wang dan harta kami kepadanya?” Upakosa bersuara lantang.

4. Raja Yogananda

“Raja Nanda tiba-tiba bangkit daripada mangkat. Kemudian, pemuda ini pula datang meminta hadiah sepuluh ribu kepingan emas. Ternyata ada sesuatu yang tidak kena,” fikir Sakatala.

5. Skandal di Istana

Setiap pekerja istana disiasat. Beberapa lelaki yang menyamar sebagai wanita berjaya dikesan. Mereka mengaku kekasih gelap dan “anak ikan” kepada permaisuri muda.

6. Anugerah Dewa Murugan

Srutartha dan Kirtisena jatuh cinta. Mereka bertemu dan bermadu kasih pada setiap hari. Perbuatan itu berlarutan sehingga menyebabkan Srutartha mengandung.

7. Impian Menjadi Gana

Devadatta berdoa dengan penuh khusyuk di kuil Dewa Shiva. Dia berjanji bahawa sekiranya dia dapat berkahwin dengan Sri, maka apabila meninggal dunia nanti, dia sanggup menjadi gana (pembantu) di Kailasa.

8. Titik Peluh, Titisan Darah

Dia membaca dengan suara lantang cerita yang tercatat pada setiap helai daun lontar sebelum membuangnya ke dalam unggun. Api pula segera membakar helaian daun lontar hingga hangus. Mujurlah masih boleh dibaca dalam Katha Sarit Sagara.

II. Kathamukha 

9. Udayana dan Penangkap Ular

“Ular kepunyaan saya sudah mati. Saya memerlukan ular baharu untuk dilatih bagi pertunjukan ular. Kalau saya melepaskan ular ini, saya akan kehilangan sumber pendapatan,” kata lelaki itu.

10. Seteru dan Sekutu

Pada suatu hari, Sridatta, Vikramasakti, dan rakan-rakan pergi bermain dan berhibur di tebing Sungai Ganga; sebagaimana dilakukan adik-beradik Kaurava dan Pandava pada era Mahabharata.

11. Pemuja Dewi Kotravai

Perkahwinan Sridatta dengan Sundari menjadi inspirasi kepada kisah perkahwinan Murugan, putera Kotravai, dengan Valli dalam purana di Tamilakam.

12. Cinta Udayana dan Vasavadatta

Patung yang benar-benar menyerupai seekor gajah hidup ditempatkan di Hutan Vindhya. Beberapa orang tentera bersembunyi di dalamnya.

13. Ganika Bertemu Dewa Vishnu

“Aku tidak boleh melayan lelaki biasa selepas ini. Aku kini golongan kayangan. Aku bakal menjadi isteri Dewa Vishnu dan bersemayam di Vaikuntha,” fikir pelacur itu.

14. Mencari Hamba di Kataha

Raja negeri Kataha yang beragama Hindu segera menitahkan semua orang asing berkumpul di pelabuhan. Kataha (Kedah Tua) iaitu kerajaan Melayu-Hindu juga menjadi latar dalam Katha Sarit Sagara.

III. Lavanaka

15. Padmavati dan Avantika

Yaugandharayana segera pergi ke tempat di mana Vasavadatta mati hangus. Udayana sedang menangis kesedihan dan Gopala sedang cuba meredakan tangisannya.

16. Antara Dua Pilihan

“Tidak syak lagi, isteri anda sebenarnya bidadari dari swarga. Memang ada banyak kisah bidadari yang disumpah dan terpaksa hidup sebagai manusia di bhuloka,” kata si sami.

17. Korban di Kuil Durga

Si sami tua mengangkat tubuh si puteri masuk ke dalam kuil. Selepas meletakkan puteri itu dalam posisi terbaring di hadapan berhala Dewi Durga, si sami tua mengeluarkan sebilah pedang yang tajam.

18. Ah, Bhadra!

Pemuda itu secara spontan menerima tangan yang dihulurkan dan melafazkan hasrat untuk mengahwini Bhadra mengikut amalan gandharva. Maka, mereka menjadi suami isteri yang sah.

19. Menantu Raja

Vidusaka mencantas tangan gergasi dengan pedang sakti. Tangan gergasi itu terus terapung pada permukaan laut. Serta-merta, kapal milik Skandadasa berlayar tanpa halangan.

20. Lelaki Paling Bertuah

Dia meneruskan hidup penuh bahagia dengan layanan istimewa daripada kelima-lima isteri yang amat mencintainya. Dia menganggap dirinya lelaki yang paling bertuah di seluruh dunia.

21. Tempayan Berisi Wang Emas

Apabila tiba di rumah, dia segera mengorek keempat-empat penjuru halaman rumah. Dia menemui empat tempayan besar berisi wang emas.

22. Digoda Ahli Sihir

“Selepas sekian lama, kita berjaya membunuh seorang manusia, menghisap darahnya, dan menikmati daging mentah,” kata ahli sihir dengan gembira.

23. Karma dan Dharma

Sahasika menitiskan air mata kerana rasa amat bersalah membunuh. Namun begitu, apakan daya kerana dia terpaksa akur pada perintah kuasawan. Kalau tidak dipatuhi, pasti dituduh menderhaka. Dilema rakyat dalam Katha Sarit Sagara.

IV. Naravahanadattajanana 

24. Anting-anting Isteri

25. Berkat Anak Kembar

26. Gadis di Tepi Tasik

27. Pokok Mistik di Himalaya

28. Kelahiran Yang Dinanti

V. Caturdarika

29. Peti Berisi Harta Pusaka

30. Takdir dan Firasat

31. Gelang Kaki Rakshasi

32. Sumpahan Rakshasa

33. Yaksi Bersuara Lunak

34. Mencari Suvarnapura

35. Pengembaraan ke Timur

36. Empat Puteri Jelita

37. Lingkaran Penuh

Watak – [maklumat ringkas 139 watak dalam buku ini]

Biodata – [Uthaya Sankar SB]

Penyumbang – [senarai nama]