3 Oct 2018

Biodata — Anuradha Chelliah

Anuradha Chelliah berasal dari Banting, Selangor. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di tempat kelahiran sebelum meneruskan pendidikan dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Kini, beliau berkhidmat sebagai seorang pendidik di SK Sri Langat, Banting. Anuradha berminat membaca buku-buku bukan fiksyen dan yang mencabar minda. 

Beliau turut menjadi penyunting bersekutu dalam projek penerbitan kumpulan cerpen Ikan Patin dan Beruang Besar (2017), Karupaya (2018) dan Thirukkural dan Megha Duta (2018), selain terlibat dalam Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan).

Beliau menyertai Sesi Penulisan Intensif I (Disember 2018) dan II (Mac 2019). Hasil tulisan beliau turut tersiar di Eksentrika dan Dewan Budaya. Karya beliau juga termuat dalam antologi Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020), dan Peluru Aksara (2020). Karya beliau di portal Sastera Kavyan boleh dibaca [di sini].