31 Oct 2022

Reaksi Terhadap Kulit Buku

Pada 31 Oktober 2022, saya mengirim reka kulit buku Katha Sarit Sagara kepada beberapa rakan dan meminta komen serta reaksi ikhlas mereka.

 

“Tak perlu glob (globe) tu, nampak serabut.” – Amir Muhammad (Petaling Jaya, Selangor)

“Bagi pandangan saya, kulit buku nampak cantik dan kemas. Ilustrasi memang sesuai mengikut tajuk dan kehendak buku.” – Daniel Shankar (Rawang, Selangor)

“Menarik. Walau bagaimanapun, saya kurang minat dengan ilustrasi ular.” – S. Ghanthimathi (Butterworth, Pulau Pinang)

“The cover design looks like it is giving deep hidden messages. Makes us feel and wonder how and what is inside the book.” – Thiruselvam Padmanabhan (Klang, Selangor)

“Kulit buku  yang menarik, unik, dan mempunyai maksud tersirat. Sudah pasti akan menjadi daya penarik untuk membaca buku tersebut.” – Subramaniam Raman (Lunas, Kedah)

“Reka kulit buku memberi gambaran folklore atau cerita rakyat.” – Mohd Firdaus Muthaloo (Lahad Datu, Sabah)

“Looks nice! Attractive.” – Logheswaran Paneerselvam (Klang, Selangor)

“Warna biru sangat menawan.” – N. Nitha (Serendah, Selangor)

“I’m intrigued by the symbolism of the snake/naga. What is it?” – Victor Low (Bangsar, Kuala Lumpur)

“Cantik.” – Sargunan Sockalingam (Bukit Jelutong, Selangor)

“Reka kulit ini tidak menarik dan terlalu ringkas. Susunan gambar yang terpapar pada kulit buku ini tidak tersusun.” – Prem Kanna a/l Dorairaj (Rawang, Selangor)

“Menarik, macam ada kandungan cerita ular.” – L. Puvendran (Bagan Datuk, Perak)

“Menarik … tapi kenapa ada ular?” – Rizol Md Ariff (Balik Pulau, Pulau Pinang)

“Bukan reaksi, hanya soalan: Adakah simbol-simbol utama dipaparkan pada kulit buku? Adakah simbol-simbol lain (seperti harimau, misalnya) digugurkan?” – Sivapalan Selvadurai (Kajang, Selangor)

“Sungguh menarik. Latar belakang buku-buku Uthaya selalu berwarna putih. Mungkin boleh cuba warna lain pada masa akan datang.” – M. Mahendran (Bentong, Pahang)

“Saya rasa kesemua buku Uthaya, kulitnya agak menarik. Kulit depan Katha Sarit Sagara juga agak menarik. Ia nampak lain daripada yang lain.” – M. Mahesvaran (Kapar, Selangor)

“Menarik ... samudera biru. Cuma, bentuk ilustrasi ular itu macam tidak berapa padan.” – Devan Ramakrisnan (Kulai, Johor)

“Bagus.” – Farouk Gulsara (Cheras, Kuala Lumpur)

“Hypnotized by the swirling tide.” – Pooveneswary Thiruneela Kandar (Kota Kemuning, Selangor)

“Menarik! Kulit buku ini umpama pintu masuk atau gerbang ajaib ke dalam pengembaraan dan cerita yang mahu disampaikan.” – Rushida Abdul Wahid (Klang, Selangor)

“Kulit depan cantik. Saya tertanya-tanya juga apa maksud cupid dalam ilustrasi.” – Veralona Mollon Perrin (Perigueux, Perancis)

“Warna biru yang menawan seperti laut yang bergelora penuh misteri. Buku ini pun pasti mempunyai keunikan tersendiri. Tapi, saya tidak suka ilustrasi ular yang menonjol.” – Anuradha Chelliah (Banting, Selangor)

“Cantiknya!” – Kasthuri Anamalay (Sungai Petani, Kedah)

“This is nice.” – Khirjaa Palanisamy (Kelana Jaya, Selangor)

“Banyak objek tersirat dipaparkan. Pasti ada erti tersirat yang mungkin akan difahami apabila selesai membaca buku ini. Warna biru malap mungkin boleh dicerahkan agar lebih kontras bagi mata yang memandang.” – Gunaseelan Kumar (Bahau, Negeri Sembilan)

“Jika dilihat daripada ilustrasi kulit buku ini menggambarkan kehidupan dewasa yang penuh dengan liku-liku kehidupan yang meluas, hidup penuh cabaran (simbol kapal), cerita mengenai harapan dan perjuangan.” – Noraini binti Abd Rahman (Langkawi, Kedah)

“Terbaik bosku.” – Ramesh Rajadran (Shah Alam, Selangor)

“Jika boleh, ubah muka taip judul dan nama pengarang. Tidak perlu efek pelangi atau bertona agar lebih mudah (dan lebih menangkap) untuk dibaca. Komposisi imej di atas ‘lautan’ boleh diperkemas lagi.” – Azrin Fauzi (Kuala Lumpur)

“The title font needs to be changed unless you have clearly defined reason for the font. The globe if removed would give better illustration and attention to the detailing within the design. The snake seems over emphasised. If you wish to retain Indian elements in the font, maybe you could improvise on it.” – Louis (Kuala Lumpur)

“Watak-watak seperti ular, paus, malaikat, pokok, serta kapal … semuanya terkandung dalam lautan cerita yang berputar dan bergelora. Ilustrasi ini memberi gambaran awal serta membuatkan pembaca menantikan perkembangan cerita yang padat dan menakjubkan. Ilustrasi kulit buku ini membawa maksud tersendiri dan menarik.” – Son Yeo Choy (Puchong, Selangor)

“Tona dan corak warna biru sangat menarik. Pelbagai ilustrasi pada kulit buku ini mampu mengungkit minat membaca dan ingin tahu kandungan buku.” – Sentamiloon MuPaSelva (Jenjarom, Selangor)

Globe tak perlu, rasanya. Sudah cantik tanpa globe.” – Fadzilah Din (Batu Caves, Selangor)

“Superb and unique.” – Arun Balan (Segamat, Johor)

“Nice.” – Rishikeshan Darmalingam (Klang, Selangor)


[Mahu membaca buku Katha Sarit Sagara? – rujuk di sini]