11 Jan 2010

Nari! Nari!

Nari! Nari!
Kumpulan Cerita Rakyat India
Diceritakan semula oleh Uthaya Sankar SB
(Cetakan 1995 & 2000)

Edisi Baharu 2015 - KLIK DI SINI
.
Cerita rakyat merupakan salah satu cabang sastera tradisional yang perlu diketahui dan dihayati oleh kanak-kanak. Melalui cerita-cerita rakyat, kanak-kanak berpeluang mendekati masyarakat silam serta menyingkap latar belakang kehidupan, kepercayaan dan kebudayaan nenek-moyang mereka.
.
Kanak-kanak bukan sahaja memperoleh pengetahuan dan hiburan, malah dapat memperkayakan kehidupan mereka dengan nilai-nilai kemanusiaan sejagat yang diselitkan dalam sebahagian besar cerita rakyat.
.
Nari! Nari! memuatkan sembilan buah cerita rakyat dari Benua Kecil India yang kesemuanya telah diceritakan semula oleh Uthaya Sankar SB dengan gaya yang lebih mudah dan menarik; sesuai untuk sasaran pembaca kanak-kanak.
.
Cerita-cerita yang terdapat dalam Kumpulan Cerita Rakyat India ini adalah:
.
1. Bagaimana Binatang Mendapat Warna
2. Serigala Biru
3. Thandira Nari
4. Muslihat Untuk Makan
5. Nari Menjadi Baik
6. Hikayat Kera Kecil
7. Si Bodoh dan Lembu Kuil
8. Hati Monyet
9. Kiripulle, Si Anak Cerpelai
.

Catatan: Selepas saya berusaha sejak 13 Februari 2007, akhirnya pada 21 Disember 2009, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak lagi mempunyai alasan untuk menghalang saya daripada mengambil semula hak penerbitan terhadap kumpulan cerpen Orang Dimensi, Siru Kambam dan Surat Dari Madras; selain novel Hanuman: Potret Diri manakala cerita rakyat Nari! Nari! akan diterbitkan dalam edisi baharu. Uthaya Sankar SB

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!