28 Jan 2010

Sijil Penyertaan

Sijil Penyertaan
Baca Cerpen Kavyan
...
Terima kasih kepada para peserta yang telah membantu menjayakan acara Baca Cerpen Kavyan dari 29 Ogos hingga 2 September 2003 di Galeri Shah Alam, Selangor.
..
Sijil penyertaan telah siap menjelang 16 Disember 2003. Kelewatan ini adalah disebabkan beberapa perubahan pada sijil asal yang dicetak. Sijil penyertaan ini juga ditandatangani oleh tiga individu; maka mengambil sedikit waktu.
..
Bagaimanapun, setiap peserta tetap akan menerima sijil seperti yang dijanjikan. Rujuk senarai nama peserta.
..
Pada 16 Disember 2003 (Selasa), 9:00 pagi, Kavyan dengan kerjasama Bahagian Teori dan Kritikan Sastera DBP menganjurkan Diskusi Karya Sasterawan Kaum India di Menara DBP. Sijil penyertaan Baca Cerpen Kavyan telah disampaikan kepada sebahagian peserta semasa acara berkenaan.
..
Bagi para peserta yang belum menerima sijil penyertaan Baca Cerpen Kavyan, sila hubungi Uthaya Sankar SB di talian 012-3368142 atau e-mel infokavyan@yahoo.com.my untuk urusan mengambil sijil.
..
Sila ambil perhatian bahawa sijil-sijil yang tidak dituntut sebelum 31 Disember 2010 akan dilupuskan.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!