Majlis Ratib Seribu Syair adalah perancangan pengucapan 1,000 puisi secara berterusan selama 24 jam yang akan dicatat dalam The Malaysia Book of Records. Program ini pada mulanya dijangka melibatkan lebih 250 deklamator tanah air termasuk penyair, penulis, artis, pemimpin negara, ahli korporat dan pemikir sastera. ..
Persembahan pelbagai jenis puisi seperti pantun, syair, gurindam dan sajak. Para peserta diberi kelonggaran menyampaikan dalam apa jua
Acara berkenaan menghimpunkan penyair/penulis, peminat sastera tanah air dalam satu keluarga besar sebumbung sehalaman, serumpun setaman di Rumah Gapena. Majlis ini turut membuka peluang mencipta dan mendeklamasikan puisi-puisi yang menggambarkan keharmonian dan kecintaan tanah air. Ratib Seribu Puisi juga mencipta sejarah dalam penganjuran pengucapan puisi terpanjang di
Apabila acara berakhir pada Sabtu, 3 November 2001, seramai 320 peserta telah membaca 850 puisi secara berterusan selama 24 jam 52 minit. Acara bermula pada pukul 10.05 malam, Jumaat, 2 November 2001.
Empat penulis kaum
Retna Devi Balan – Kau Seorang Wira – Mereka yang Merdeka – Terasing di Bumi Sendiri – Tergadainya Jati Diri Sebuah Bangsa
Saroja Theavy Balakrishnan – Di Penjuru Pantai
Uthaya Sankar SB – Citra 3 – Datukku Bahasa Malaysia – Lagu Cepat Kaya – Usah Gentar Tinggal di Pondok Sendiri
0 comments:
Post a Comment
Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!