15 Mar 2010

Skrip Ugadi - 7 April 2008

KIU PEMBACA
.

Masyarakat India berketurunan Telegu menyambut tahun baru hari ini.

.

Perayaan tahun baru merupakan sambutan yang diraikan secara sederhana bersama-sama kaum keluarga dan saudara mara.

.

TAKE BETA

.

Bagi masyarakat keturunan Telegu yang tidak bekerja pada hari ini, sambutan dimulakan sejak awal pagi.

.

Sebagaimana lazim dalam budaya kaum India, masyarakat Telegu juga melukis kolem dan memasang lampu, selain mengikat daun mangga, daun kelapa dan pokok pisang untuk menimbulkan suasana perayaan.

.

Kemeriahan sambutan Tahun Baru Ugadi jelas terpancar melalui sambutan yang sederhana tetapi penuh bermakna di rumah keluarga Encik Jaya Raman Ramuloo dan Puan Athi Letcheme Subramaniam di Taman Puchong Utama, Selangor.

.

Selepas berpakaian serba baru, golongan muda mendapatkan restu daripada ibu bapa supaya kehidupan mereka terus bahagia pada masa akan datang.

.

“Pachedi” merupakan gabungan enam jenis makanan yang melambangkan pelbagai asam-garam dalam kehidupan.

.

Ia diberikan pada Tahun Baru Ugadi sebagai simbol kehidupan yang penuh dengan pengalaman yang pelbagai.

.

Masyarakat Telegu juga ada juadah khas yang dikenali sebagai “Burulu” iaitu kuih berisi kacang hijau; dan “Garulu” iaitu vadei yang disalut kuah gula merah.

.

Selain daripada itu, pelbagai juadah tradisional kaum India turut dihidangkan kepada kaum keluarga dan tetamu yang hadir.

.

Bagi masyarakat Telegu, walaupun mereka merupakan golongan minoriti, mereka bersyukur kerana di negara ini, hak mereka sentiasa terpelihara untuk mengamalkan budaya, adat-resam dan kepercayaan tradisi nenek-moyang.

.

DURASI—1:46”

.

Catatan: Apakah pendapat saudara mengenai skrip di atas? Adakah ia mengandungi unsur-unsur “sensitif” yang memerlukan skrip ini dinilai semula oleh seorang pengarah sebelum diluluskan untuk siaran di sebuah stesen televisyen kerajaan? Baca juga mengenai isu besar yang timbul berkaitan skrip ini DI SINI.