Lima individu menyertai Sesi Penulisan Intensif Sasterawan Kavyan di Shah Alam pada 15 – 16 Disember 2018.
Masing-masing peserta berjaya menghasilkan sekurang-kurangnya dua karya, dan sudah disemak, dibengkelkan dan disunting, serta sudah dikirim kepada editor majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Berikut komen dan reaksi peserta:
“Program yang baik dan membantu mengenali kelemahan peserta dalam menghasilkan karya. Terima kasih kepada Kavyan kerana memberikan saya peluang ini.” — VK Ezhilarasi Velautham
“Suatu program yang dapat mencungkil bakat peserta dalam penulisan. Sesi yang padat dan menjanjikan kelahiran hasil yang bermutu.” — Anuradha Chelliah
“Program yang melatih penulis supaya berdisiplin ketika menulis. Disiplin membolehkan peserta menulis secara konsisten, lalu menghasilkan karya berkualiti.” — Thanusya Shanmuganathan
“Baru saya ketahui, saya mampu menyiapkan manuskrip sebuah cerpen dalam masa tiga jam sahaja. Sesi yang memberangsangkan!” — M. Mahendran
“Sesi penulisan yang amat fokus dan berfaedah. Sangat membantu untuk mengenal pasti dan mengatasi kelemahan, selain membantu melatih diri supaya lebih yakin dalam menghasilkan karya bermutu.” — Ramakrishnan Ramasamy
Sesi Penulisan Intensif II berlangsung pada 23–24 Mac 2019 di Shah Alam, Selangor. [MAKLUMAT DI SINI]
Sesi Penulisan Intensif III pada 2 Jun 2019 (Ahad) di Setia Alam, Shah Alam. [MAKLUMAT DI SINI]
Sesi Penulisan Intensif III pada 2 Jun 2019 (Ahad) di Setia Alam, Shah Alam. [MAKLUMAT DI SINI]
Sesi Penulisan Intensif IV berlangsung pada 10–11 Ogos 2019 di Shah Alam, Selangor. [MAKLUMAT DI SINI]
Semoga lebih ramai Sasterawan Kavyan akan muncul bagi memperkaya khazanah Sastera Kebangsaan.
Semoga lebih ramai Sasterawan Kavyan akan muncul bagi memperkaya khazanah Sastera Kebangsaan.