Sepuluh individu dari pelbagai latar belakang menyertai Sesi Penulisan Intensif II Sasterawan Kavyan
anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
di Shah Alam, Selangor pada 23–24 Mac 2019.
Manuskrip sajak, cerpen dan esei yang dihasilkan para
peserta telah dibengkelkan, dibedah, dimurnikan dan dikirim kepada editor
majalah-majalah DBP untuk dinilai bagi siaran.
Berikut komen dan reaksi sebahagian peserta:
“Sesi
ini mengajar saya menguasai teknik dan kaedah yang betul bagi penghantaran
tulisan ke majalah-majalah DBP. Terima kasih, Kavyan, kerana menyedarkan saya
bahawa menulis adalah sebuah keberanian!”
— Jaymani Sevanathan
“Saya mempelajari banyak perkara semasa
dan selepas menghasilkan manuskrip pada sesi ini. Walaupun sudah lama
berkecimpung dalam bidang penulisan, bukan bermakna saya sudah tahu segala-galanya.”
— M. Mahendran
“Sesi yang amat bermakna dan memberi
keyakinan luar biasa kepada saya untuk menghasilkan karya bermutu dalam masa
yang singkat. Penulis lama dan baharu harus menyertainya.” — KA. S. Annadurai
“Sesi kedua yang saya hadiri ini tetap
memberi ilmu baharu tentang penulisan. Banyak perkara dipelajari menerusi
perbincangan dan bedah karya berkumpulan. Program ini sesuai bagi individu yang
minat menulis tetapi selalu mengadu tiada masa.” — Anuradha Chelliah
Baca juga — [Catatan Pengalaman Peserta Mengedit Karya]
Sementara itu, Sesi Penulisan Intensif III Sasterawan Kavyan dijadualkan di Setia Alam, Shah Alam pada 2 Jun 2019 (Ahad).
Sesi Penulisan Intensif IV Sasterawan Kavyan dijadualkan di Shah Alam, Selangor para 10 - 11 Ogos 2019.
Sementara itu, Sesi Penulisan Intensif III Sasterawan Kavyan dijadualkan di Setia Alam, Shah Alam pada 2 Jun 2019 (Ahad).
Sesi Penulisan Intensif IV Sasterawan Kavyan dijadualkan di Shah Alam, Selangor para 10 - 11 Ogos 2019.
Semoga lebih ramai Sasterawan Kavyan akan muncul bagi
memperkaya khazanah Sastera Kebangsaan.