16 Jun 2019

Biodata — VK Ezhilarasi Velautham

VK Ezhilarasi Velautham menulis sejak bangku sekolah untuk majalah sekolah. Karya pesara guru ini pernah tersiar di Dewan Budaya (April 2016). Ezhilarasi gemar menulis tentang petua nenek-moyang dalam masyarakat India. Beliau juga mempunyai kelebihan penguasaan tribahasa yang membolehkan penulis ini meluaskan bacaan berkaitan tradisi kaum India. Selain itu, Ezhilarasi suka meluangkan masa menulis rencana serta cerpen yang dapat digunakan sebagai bahan pengajaran bagi pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran. Beliau menyertai Sesi Penulisan Intensif I (Disember 2018) dan Sesi Penulisan Intensif II (Mac 2019) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan). Karya beliau juga termuat dalam antologi Busana Bahasa (2019) dan antologi Landasan Hidup (2020). – [Biodata Sasterawan Kavyan] – [Kaum India dan Sastera Kebangsaan]