16 Jun 2019

Biodata — Jaymani Sevanathan

Jaymani Sevanathan lahir dan membesar di Klang, Selangor. Beliau menamatkan pengajian dalam bidang sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau menyertai Sesi Penulisan Intensif II (Mac 2019) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan). Seterusnya, beliau terpilih menyertai program Minggu Penulis Remaja (MPR) anjuran DBP (Julai 2019). Hasil tulisan Jaymani antara lain tersiar di Dewan Masyarakat, Dewan Ekonomi, dan Tunas Cipta. Karya beliau turut termuat dalam antologi Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020), dan Peluru Aksara (2020). .... Biodata penuh para Sasterawan Kavyan boleh dibaca dalam buku Kavya Sastra (2021) yang merupakan hasil kajian peringkat sarjana sastera (MA).