22 Oct 2019

Biodata — Koh Yok Hwa

Koh Yok Hwa dilahirkan di Yong Peng, Johor. Beliau anak keturunan Teochew, Cina. Kini, Koh Yok Hwa menetap di Kepong, Kuala Lumpur. Beliau mendapat pendidikan awal di SJKC Yong Peng 1, seterusnya menerima pendidikan sekolah menengah di beberapa buah sekolah kerajaan di Yong Peng, Johor Bahru dan Kluang. Koh Yok Hwa melanjutkan pengajian di Universiti Malaya pada tahun 1984 dalam jurusan ekonomi. Beliau memulakan kerjayanya sebagai penerbit buku pada tahun 1991. Gemilang Publishing Sdn. Bhd. merupakan salah sebuah gedung penerbitan buku utama  yang  menyumbang  ke arah pembangunan industri buku tempatan. Koh Yok Hwa sering menyertai program Kumpulan Sasterawan Kavyan. Beliau turut menjadi penasihat penerbitan dalam projek buku Busana Bahasa (2019) serta Ramayana dan Mahabharata (2019). Belakangan ini, beliau mula mengarang dalam bidang penulisan kreatif Bahasa Malaysia. Koh Yok Hwa menyertai Sesi Penulisan Intensif Sasterawan Kavyan IV (10-11 Ogos 2019) dan berjaya menghasilkan tiga manuskrip cerpen. Karya beliau termuat dalam antologi Landasan Hidup (2020). [Lihat juga — Biodata Sasterawan Kavyan]