25 Feb 2020

Reaksi Pembaca Vetalam dan Vikramaditya

Buku Vetalam dan Vikramaditya terbit pada 17 Februari 2020 dan buku dikirim kepada para penyumbang budiman pada 18 Februari 2020.

Berikut komen dan reaksi yang diterima daripada rakan-rakan pembaca.


“Wow! Vetalam dan Vikramaditya was simply spellbinding. I was hooked to it and finished reading the book. Simple language is used and can be easily understood by the young and old. Good reading material for one to get hold.” – Anuradha Chelliah (Banting, Selangor)


“Sebuah kisah dongeng yang akhirannya sangat menyentuh hati. Anak saya kemurungan sepanjang hari kerana bersedih walaupun berpuas hati dengan kesudahan nasib satu lagi watak dalam cerita ini.” – Wan Mahiran Wan Mohamad @ Annur Puteri (Tanah Merah, Kelantan)


“Each time Vetalam flies back to its initial location, Vikramaditya, tirelessly goes back chasing a dateline, knowingly that Vetalam flies back if he answers its question.”

That simply depicts how some people pick themselves up each time they stumble, with a strong mentality. When all seems downtrodden, an epiphany hits, a clarity achieved and the bigger picture is revealed.

Each page hides a nuance and foreshadowing of what is to come. The story-within-a-story narrative keeps me glued to what is to happen next. The double helix twist at the end is totally unexpected. Always had been a fan of the author. This short read is suitable for all ages. – Hendry Rao Francis (Setapak, Kuala Lumpur)


“Sebuah cerita berbingkai yang betul-betul menguji pemikiran saya! Ada kala, saya rasa berdebar sewaktu membaca pengembaraan Vikramaditya dan Vetalam kerana begitulah jalan cerita yang bersifat saspens dan berjaya dibawa oleh penulis.” Jaymani Sevanathan (Klang, Selangor)


Pada saya, buku Vetalam dan Vikramaditya umpama Vetalam di bahu Vikraman. Hal ini kerana walaupun sudah lama menerima buku tersebut melalui pos, saya tidak sempat meluangkan masa untuk membacanya. Ia menjadi keberatan kepada saya seperti Vetalam di bahu Vikramaditya. Akhirnya, sempat juga saya menghabiskan pembacaan buku Vetalam dan Vikramaditya. Karya ini mudah dibaca dan difahami oleh semua golongan. Baru saya sedar kenapa penulis sering bertanya “Mahu mendengar sebuah cerita?” Murali Mohan (Jasin, Melaka)

Anda sudah membaca buku berkenaan? Kirim komen/reaksi ringkas dan sekeping foto ke WhatsApp 011–11411952 sebelum 15 Mac 2020 supaya dapat dipaparkan di atas.