Jaymani Sevanathan lahir dan membesar
di Klang, Selangor. Beliau menamatkan pengajian dalam bidang sains politik
di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau
menyertai Sesi Penulisan Intensif II (Mac 2019) anjuran
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan). Seterusnya, beliau terpilih menyertai program Minggu Penulis Remaja (MPR) anjuran DBP (Julai 2019). Karya beliau turut termuat dalam antologi Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020), dan Peluru Aksara (2020). .... Biodata
penuh para Sasterawan
Kavyan boleh dibaca dalam buku Kavya Sastra (2021) yang merupakan hasil kajian
peringkat sarjana sastera (MA).
