Bahagian “Pengantar” pada kumpulan esei terbaharu memuatkan pandangan rakan-rakan – khasnya penyumbang modal sosial – tentang kumpulan esei terdahulu, iaitu Malaiur Manikam (2015), Mandala Bicara (2016), dan Suvarna Bhumi (2022).
Individu yang berminat perlu menulis komen atau reaksi sepanjang 50-100 perkataan sahaja dalam satu perenggan sahaja menggunakan Bahasa Malaysia. Komen mestilah mengenai kandungan buku Malaiur Manikam, Mandala Bicara, dan/atau Suvarna Bhumi.
Wajib disertakan nama penuh, tempat tinggal (bandar dan negeri). Contoh: Balamurali Kesavan (Klang, Selangor)
Sila kirim
ke e-mel uthayasb@gmail.com
atau WhatsApp 011-11411952 selewat-lewatnya pada 21 November 2023 (9:00 malam).
Komen atau reaksi anda mungkin disunting supaya lebih padat dan lebih jelas.